suria

Awas lelaki! Tabiat simpan telefon dalam poket seluar boleh jejaskan kualiti sperma anda

Tabiat menyimpan telefon dalam poket perlu diubah.

RAMAI daripada kita yang memilih untuk menyimpan telefon di dalam poket seluar terutamanya kaum lelaki kerana ia paling mudah dicapai sekiranya ada panggilan atau mesej yang masuk.

Meskipun ia dilihat praktikal, namun sebenarnya tabiat itu perlu diubah. Ini kerana menyimpan telefon dalam poket terutamanya di bahagian sisi depan seluar boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada kaum lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Fakta... Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada waktu subur!

Menyimpan telefon dalam poket seluar dikatakan akan menyebabkan ia 'duduk' berdekatan dengan testis atau buah zakar dan dapat memberi impak buruk kepada sistem pembiakan.

Bagi memastikan sperma berada dalam keadaan prima, buah zakar memerlukan suhu lebih rendah berbanding bahagian tubuh yang lain. Itu juga alasan di sebalik kedudukan testis berada di skrotum (kerandut buah zakar).



Haba dan radiasi daripada telefon boleh menyebabkan kualiti sperma lelaki menurun.

Organ yang satu ini bertindak seperti sistem pendingin udara evaporatif. Saat suhu udara di sekitar testis terlalu panas, seorang lelaki berisiko mengalami masalah dalam menghasilkan sperma.

Salah satu cara menghindarinya adalah dengan menjauhkan telefon daripada organ vital ini. Ini kerana telefon yang disimpan dalam poket seluar mampu mengeluarkan haba panas.

Tidak hanya telefon, kita juga tidak disarankan untuk meletakkan laptop di atas riba. Selain suhu panas, radiasi yang dihasilkan telefon juga perlu diambil kira kerana ia mampu memberi kesan kepada kualiti sperma.

Kajian yang dilakukan mendapati bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap kesan telefon atau komputer riba adalah buah zakar. Ketika bahagian itu terpapar kepada telefon, alatr sulit lelaki akan mengalami tekanan oksidatif atau keadaan di mana radikal bebas di dalam tubuh melebihi kapasiti.

Akibatnya, sel dalam tubuh yang normal akan rosak sekaligus menggangu kesuburan dan menurunkan kualiti sperma seorang lelaki.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain