suria

Sedap, mudah disediakan! Anda mungkin akan tinggalkan frozen food selepas tahu 4 bahayanya kepada kesihatan

Makanan sejuk beku memang mudah disediakan tapi boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

MAKANAN sejuk beku atau frozen food memang cukup popular kerana ia cukup mudah disediakan.

Bagaimanapun, di sebalik itu terdapat pelbagai bahaya menanti bagi yang gemar makan makanan sejuk beku!

ARTIKEL BERKAITAN: Telur retak, selamatkah dimakan?

Ini kerana pengambilan makanan tersebut boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana kandungan dan proses pembuatannya. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ia berbahaya kepada kesihatan manusia;



Makanan sejuk beku mengandungi sodium yang tinggi.

1. Meningkatkan tekanan darah

Tekanan darah boleh meningkat disebabkan makanan sejuk beku mempunyai kandungan sodium yang tinggi. Lebih 70 peratus sodium yang dimakan manusia adalah berasal daripada frozen food.

2. Meningkatkan risiko penyakit jantung

Menurut American Heart Association, makanan sejuk beku seperti piza dan pai beku mengandungi minyak terhidrogenasi yang dapat membahayakan pembuluh darah serta boleh membuatkan arteri jantung tersumbat.

3. Menghancurkan otot

Kebanyakan makanan beku rendah kalori. Bagaimanapun, jika ia terus dimakan dalam tempoh panjang, ia boleh membuatkan tubuh mengalami kekurangan tenaga, merosakkan otot dan mengganggu sistem imunisasi.

4. Mengandungi bahan kimia

Kajian yang dilakukan mendapati makanan beku mengandungi lebih daripada 2,000 bahan kimia sintetik. Sebahagian besar bahan kimia tersebut masih belum mendapat kelulusan pihak berwajib dan ia boleh membahayakan tubuh.

Oleh itu, jauhi frozen food yang dapat membahayakan kesihatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain