Bukan asam je bantu hilang mual, ramai tak tahu 4 makanan ini pun berkesan juga!

Rasa mual bukan sahaja dialami wanita hamil tetapi juga orang biasa.

RASA mual boleh berlaku bukan sahaja kepada wanita mengandung tetapi orang biasa disebabkan salah makan, kesan sampingan ubat, keracunan makanan, mabuk ketika menaiki kenderaan dan sebagainya.

Simptom mual ini biasanya membuatkan seseorang rasa tidak sedap perut dan rasa ingin muntah secara tiba-tiba.

Apabila itu berlaku, segelas air kosong pun rasa tak lalu nak telan dan pasti akan dimuntahkan kembali jika ia tetap diminum.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom cuba! Menari, senamrobik mampu turunkan risiko hipertensi

Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan bagi membantu menghilangkan rasa mual termasuklah;

1. Pisang

Jika rasa mual serta muntah, makan pisang kerana ia mampu membantu memulihkan kalium yang hilang akibat muntah dan cirit-birit.

2. Epal

Serat yang terkandung dalam buah epal dapat membantu membersihkan bahan kimia penyebab mual pada sistem tubuh kita. Tapi ingat, mengambil terlalu banyak makanan berserat juga boleh membuatkan keadaan kita bertambah buruk.

3. Nasi, kentang dan mi

Makanan bertepung seperti nasi, kentang dan mi adalah pilihan terbaik bagi menghilangkan mual. Ini kerana jenis makanan ini mudah disediakan, tinggi kalori dan mampu menenangkan perut.

Makanan tidak berwarna dan mempunyai bau seperti nasi juga lebih mudah ditelan ketika mual berbanding juadah yang mempunyai aroma kuat.

4. Makanan kering

Biasanya asam kering akan menjadi pilihan bagi menghilangkan rasa mual tetapi sebenarnya biskut juga sangat membantu.

Kajian turut mendapati bahawa 90 peratus doktor akan mencadangkan biskut kepada ibu hamil yang mengalami 'morning sickness'.

Ia bukan sahaja cepat dan mudah tetapi tidak memiliki bau yang menyengat memandangkan orang yang mengalami mual cukup sensitif dengan bau.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

nasi, epal, mi, biskut, mual

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain