Jom cuba! Menari, senamrobik mampu turunkan risiko hipertensi

Senaman aerobik atau pun menari juga mampu menurunkan risiko penyakit darah tinggi.

DARIPADA data yang dikeluarkan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) pada 2015, dianggarkan 1.13 bilion orang menderita penyakit tekanan darah tinggi di seluruh dunia.

Satu daripada empat lelaki dan satu daripada lima wanita menderita hipertensi dan hanya satu daripada lima berjaya mengawal penyakit itu.

Tekanan darah tinggi memberi tekanan kepada pembuluh darah dan organ vital yang menyebabkan beberapa komplikasi membunuh seperti angin ahmar dan serangan jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan lalai! Kandungan gula dalam darah anda tinggi atau rendah? Ketahui simptom dan kesan pada tubuh​​​​​​

Penyebab penyakit ini disebabkan pelbagai faktor - pemakanan tidak sihat serta kurang bersenam.

Senaman adalah kunci kepada menurunkan risiko tekanan darah tinggi termasuklah berjoging, berlari setempat atau berjalan dapat membantu mencegah penyakit itu.



Berjoging atau berjalan cepat mampu menurunkan tekanan darah sistonik.

"Tidak hanya itu, pemakanan juga perlu dititikberatkan termasuk mengurangkan pengambilan garam serta makan lebih banyak buah-buahan dan sayur.

"Kedua-dua perkara ini sangat membantu seseorang daripada terkena tekanan darah tinggi selain dapat mengekalkan berat badan ideal," kata Ketua Pegawai Eksekutif Blood Preasure United Kingdom, Katharine Jenner seperti dilaporkan Express Health.

Tambah Katharine, meskipun hanya berjoging atau berjalan cepat, ia sebenarnya mampu menurunkan tekanan darah sistolik 10mmHg secara signifikan dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

"Jadi apa pun senaman yang kita buat walaupun hanya berjoging ia dapat menurunkan tekanan darah dan risiko," ujarnya.

Jelas Katharine, senaman konsisten selama 150 minit seminggu mampu mengubah kehidupan seseorang daripada ancaman hipertensi.



Seramai 1.13 bilion orang menderita penyakit darah tinggi di seluruh dunia.

Bagi menambah keseronokan pada senaman, Katharine berkata, senaman aerobik atau pun menari juga mampu menurunkan risiko penyakit itu.

Bagaimanapun katanya, bagi yang sudah mempunyai penyakit itu, ada beberapa jenis senaman yang perlu dielakkan kerana ia boleh memicu lonjakan tekanan darah seara tiba-tiba termasuklah angkat berat dan berlari.

Gejala tekanan darah tinggi paling umum adalah dada berdebar, kehadiran darah dalam urin dan sakit kepala. Individu berusia 40 tahun ke atas dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan tekanan darah dari masa ke semasa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain