suria

Berkumur air garam boleh kurang risiko jangkitan Covid-19? Jika benar ia jadi pilihan mudah dan murah

Hasil kajian mendapati berkumur dengan air garam dapat mengurangkan gejaka batuk.

UNIVERSITI Edinburgh bakal menjalankan satu kajian bagi menguji kesahihan sama ada air garam dapat mengurangkan simpton jangkitan Covid-19.

Menurut kajian lepas, air garam mampu mengurangkan tempoh batuk yang dialami sehingga dua hari.

Hasil kajian tersebut juga mendapati berkumur dengan air garam dapat mengurangkan simptom batuk dan kesejukan daripada terus melarat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar pemakanan tepis mitos ais boleh bekukan lemak - “Kalau sesiapa percaya badan dia zombie, makna tak normal dah”

Pasukan penyelidikan di universiti tersebut telah mengumpul sekumpulan sukarelawan yang mempunyai simptom atau sudah dijangkiti Covid-19 untuk mengkaji sama ada berkumur dengan air garam boleh meningkatkan tahap antiviral dalam badan.

Sehingga kini pakar kesihatan masih kabur mengenai pelbagai simptom koronavirus dan pesakit yang menunjukkan tanda-tanda awal dinasihatkan untuk mengambil paracetamol dan ibuprofen.

Saintis di Edinburgh kini mahu mengkaji sama ada air garam antara pilihan paling murah untuk membantu orang ramai menghindari simptom awal jangkitan serta mengurangkan daripada terus menjadi lebih serius.

Sebelum ini kajian Elevis (Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study) memperolehi hasil positif apabila kerap berkumur dengan air garam.

Kajian tersebut yang diterbitkan tahun lalu mendapati, tempoh individu batuk berkurangan hanya kepada dua hari selepas kerap berkumur dengan air garam.

Garam mungkin digunakan dalam sel tubuh untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'hypochlorous acid' yang didapati dalam peluntur dan dapat membunuh virus.

Pengarah Institut Usher Universiti Edinburgh, Profesor Aziz Sheikh, memberitahu: "Kami kini menjalani kajian air garam kepada mereka yang disyaki atau disahkan Covid-19, dan berharap ia akan terbukti menjadi langkah yang berguna untuk mengurangkan kesan dan penyebaran jangkitan." - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

air garam, kumur, batuk, Covid-19, rawat, simptom

Artikel Lain