suria

Ini 4 langkah bijak berdepan rakan, pasangan ada masalah bau mulut

Mempunyai rakan atau pasangan yang mempunyai masalah bau mulut akan menyebabkan seseorang itu serba salah untuk memberitahunya. -foto Shutterstock/Hello Sehat

RAMAI antara kita yang sanggup tahan nafas berdepan pasangan atau rakan yang mempunyai masalah bau mulut.

'Secekal' mana pun diri anda, apa yang pasti bau mulut sangat mempengaruhi kemesraan anda dengan mereka yang mempunyai masalah ini.

Tapi jangan bimbang. Anda sebenarnya boleh memberitahu mereka bahawa bau mulut mereka 'mengganggu' dengan menggunakan pendekatan yang bijak dan tidak mengguris hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini beza sakit kepala dan migrain serta penyebabnya!

Berikut 4 cara bijak yang boleh dilakukan untuk berdepan individu seperti ini.

1. Jujur saja

Bau mulut adalah masalah yang sensitif. Tidak ada siapa yang dapat menerima kenyataan bahawa bau mulut mereka mengganggu keselesaan orang lain.

Namun dalam hal ini anda terpaksa jujur dengan mereka, jangan pendam seorang diri. Apatah lagi apabila masalah ini sampai ke tahap anda 'geli' untuk berbual, mencium, memeluk atau berhubungan seks dengan pasangan (bagi yang telah berkahwin).

Daripada si dia dikritik bos atau rakan-rakannya, lebih baik jika dia mendengarnya terus dari mulut anda.

2. Cari puncanya

Anda memang perlu jujur, tapi pastikan caranya betul!

Sebelum memberitahunya, lebih baik anda kaji dulu punca bau mulutnya. Ini kerana, bau mulut berlaku disebabkan banyak faktor.

Selain mengabaikan kebersihan mulut, bau mulut juga boleh berpunca kerana seseorang itu jarang minum air putih.

Kenapa? Harus diketahui pengambilan cairan yang rendah dapat menyebabkan mulut kering. Jika mulut kering, maka bakteria dan kuman lebih mudah untuk berkembang atau membiak di dalam mulut. Bakteria dan kuman inilah yang menyebabkan bau busuk.

Makanan yang dimakan juga boleh jadi penyebab bau mulut. Cuba lihat sama ada mereka gemar makan petai, durian atau bawang putih?

Masalah kesihatan tertentu juga boleh menyebabkan bau mulut. Biasanya bau mulut berpunca dari masalah kesihatan biasanya sangat tidak sedap dan tidak mudah hilang begitu saja.

3. Hati-hati bercakap

Jika sudah cukup 'bekalan' tentang informasi bau mulut, anda harus bersiap sedia untuk bercakap terus dengan mereka.

Walaupun dia adalah seorang yang tidak mudah terasa hati atau happy go lucky, anda tetap perlu berhati-hati ketika mengajaknya bercakap tentang perkara sensitif ini. Fikirkan dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

Pastikan anda tidak membahas masalah ini di depan orang lain. Ajaklah dia berbual pada waktu yang sesuai. Jangan terus mengkritik, menyerang atau memarahinya. Bercakaplah dengan intonasi lembut dan berikan kata-kata positif.

Contoh: "Eh, aku nak cadangkan satu ubat kumur yang bagus! Cubalah, confirm nafas lebih segar."

4. Ajak jumpa doktor gigi


Berjumpa doktor adalah pilihan terbaik. -foto Hello Sehat

Mungkin si dia sudah tahu bahawa dirinya ada masalah bau mulut. Tapi, disebabkan malu, dia enggan untuk berjumpa doktor gigi.

Sedangkan buat pemeriksaan di klinik gigi merupakan langkah bijak untuk mengubati bau mulut. Jadi, jangan ragu mengajak atau menemaninya.

Doktor gigi akan melakukan beberapa pemeriksaan untuk mengesan punca bau mulut. Doktor juga akan memberitahu cara merawat dan membersihkan gigi dengan cara betul. -Hello Sehat

bau mulut, bafas berbau, doktor gigi

Artikel Lain