suria

Ada masalah perut buncit? Apa kata kurangkan gula...gigi pun kuat, kulit makin cantik

Pengurangan pengambilan gula tambahan dalam makanan serta minuman memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan anda.

PENGAMBILAN gula berlebihan bukan sahaja boleh menjadi penyebab kepada penyakit diabetes jenis II, malah sebenarnya boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan lain.

Ini termasuk gula tambahan yang terdapat dalam makanan seperti minuman bergas, donut, manisan dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Lelaki suka makan 'fast food' di usia remaja pengaruhi kualiti, kuantiti sperma ketika dewasa

Bagi seorang wanita pengambilan gula sebenarnya hanya perlu sekadar 25 gram sehari manakala lelaki kurang daripada 36 gram.

Pernahkah anda terfikir apa kebaikan kepada badan anda jika berhenti mengambil gula, selain ia mampu mengurangkan risiko penyakit diabetes?

1. Bantu masalah perut buncit

Gula tambahan berkait rapat dengan kalori yang mengakibatkan penambahan berat badan. Jika anda berhenti mengambil makanan yang mengandungi gula tambahan dan digantikan dengan makanan berfiber tinggi - ia akan memberi kesan kepada perut buncit anda.

Ini kerana tanpa gula tambahan, badan anda akan mula memproses karbohidrat daripada lemak sedia ada.

2. Badan rasa lebih segar dan fokus

Jika anda bergantung kepada nasi lemak atau donut serta teh tarik untuk mulakan hari anda - sudah tiba masanya berfikir semula untuk mengubah tabiat itu.

Ini kerana tanpa gula tambahan ia sebenarnya lebih membuatkan anda segar dan bertenaga, selain kekal fokus untuk sepanjang hari.

3. Kesihatan jantung

Pengambilan gula berlebihan meningkatkan risiko kolestrol namun pengurangan dalam diet mampu mengelakkan anda daripada terkena serangan jantung.

4. Gigi lebih tahan lama

Gula juga penyebab kepada kerosakan gigi bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

5. Badan rasa lebih ringan

Kebiasaannya pengambilan garam berlebihan antara penyebab badan berasa mengembung dan berat disebabkan kandungan sodium dalam garam menyimpan air.

Namun gula juga memainkan peranan sama tetapi sebaik sahaja anda lupakan gula dalam diet, badan anda akan rasa lebih ringan dan bertenaga.

6. Cantikkan kulit

Masalah kulit kusam dan berjerawat? Cuba tinggalkan tabiat makan dan minum manis kerana tanpa gula kolagen dalam badan akan bertindak lebih aktif dalam melicin dan merawat kulit anda.

7. Tidur lebih nyenyak

Apabila gula berlebihan dalam badan ia akan menyukarkan anda tidur dengan lena dan menyebabkan anda berasa lesu pada waktu pagi.

8. Mengurangkan risiko kanser

Kajian selama sembilan tahun mengenai kesan gula terhadap kanser mendapati sel barah yang memproses kandungan gula dalam badan boleh merangsangkan pertumbuhan tumor. - EAT THIS

Diet, Gula, Gula Tambahan

Artikel Lain