suria

Pneumonia lebih mudah berjangkit di hospital? Ini 10 fakta radang paru-paru anda perlu ambil tahu

Seorang kanak-kanak masyarakat orang asli kelesuan akibat demam panas dipercayai berpunca daripada pencemaran sumber air sehingga menyebabkan kematian sebahagian penduduk Orang Asli Suku Batek di Kuala Koh. - Bernama

SEBANYAK 14 kematian melibatkan orang asli di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan yang dilaporkan berlaku sejak 2 Mei lalu telah menggemparkan negara.

Kerajaan mengesahkan kematian orang asli suku Bateq yang tinggal di hutan berhampiran Taman Negara di sempadan Kelantan dan Pahang adalah disebabkan oleh pneumonia.

Berdasarkan fakta kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Masyarakat Ahli Bedah Toraks Amerika pada 2018, pneumonia merupakan salah satu penyebab utama kematian dalam kalangan pesakit kronik dan boleh terjadi kepada semua peringkat umur.

ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian mahu siasatan menyeluruh terhadap kematian misteri kaum Bateq

Ketahui 10 fakta tentang pneumonia yang anda wajib tahu agar terhindar daripada jangkitan kuman yang boleh membawa maut ini.

1. Pneumonia adalah sejenis jangkitan yang menyerang paru-paru


Pesakit pneumonia mengalami kesukaran untuk bernafas. - Zeenews

Paru-paru akan dipenuhi dengan air dan membuatkan seseorang sukar bernafas.

2. Warga emas berisiko maut

Orang tua lebih berisiko untuk dijangkiti dan boleh menyebabkan maut sekiranya diserang pneumonia

3. Dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)

Pesakit yang mengalami pneumonia mungkin perlu dimasukkan ke hospital atau unit rawatan rapi (ICU).

Selepas dijangkiti pneumonia, rata-rata pesakit memerlukan enam ke lapan minggu untuk kembali pulih ke paras kesihatan normal.

4. Berisiko dijangkiti di hospital


Jangkitan lebih mudah berlaku di hospital yang dihuni oleh pesakit pneumonia. - Foto Bernama

Radang paru-paru ini boleh berjangkit daripada kalangan pesakit sudah diserang pneumonia di hospital.

5. Punca jangkitan kuman

Pneumonia kebiasaannya berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria atau virus dan tidak terkecuali juga berpunca daripada kulat atau parasit.

Selain itu, inflamasi pada paru-paru juga terhasil daripada tindak balas kimia atau fizikal.

6. Kesan jangka panjang


Kanak-kanak berisiko diserang penyakit kronik sekiranya pernah mengalami pneumonia. - Foto Bernama

Kanak-kanak yang sembuh daripada pneumonia berisiko mengalami penyakit paru-paru yang kronik.

Manakala orang dewasa pula mungkin terdedah kepada risiko penyakit kardiovaskular, penurunan kognitif dan kualiti kehidupan selama beberapa bulan atau tahun.

7. Penyakit tibi

Di Malaysia, kuman Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit tibi adalah salah satu penyebab utama pneumonia komuniti berlaku.

8. Masuk melalui kulit atau ditelan

Mikroorganisma parasit seperti Toxoplasma gondii, Strongyloides stercoralis dan Ascaris memasuki badan melalui kulit atau ditelan, sebelum pergi ke paru-paru melalui saluran darah.

9. Tanda-tanda


Sukar bernafas merupakan salah satu petanda seseorang diserang pneumonia. - Medical News Today

Bagi memudahkan anda mengenal pasti simptom pneumonia, seseorang itu akan mengalami batuk, sakit dada, demam dan susah bernafas.

10. Kurang daya tahan

Golongan yang kurang daya tahan seperti penghidap ‘acquired immune deficiency syndrome’ (AIDS), pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi atau steroid, kegagalan buah pinggang dan kanser terdedah kepada risiko serangan pneumonia.

pneumonia, orang asli

Artikel Lain