suria

Bahaya guna telefon ketika ‘shopping’, anda mungkin membeli barang tak sepatutnya!

Menggunakan telefon ketika membeli-belah terdedah kepada pembelian tanpa dirancang.

INDIVIDU yang menggunakan telefon pintar untuk membuat panggilan atau mendengar muzik ketika membeli-belah lebih terdedah kepada bahaya membuat pembelian tanpa dirancang.

Kajian itu turut menunjukkan mereka juga lebih cenderung untuk terlupa membeli barang yang sepatutnya dibeli jika menggunakan telefon.

ARTIKEL BERKAITAN: Bila sebenarnya waktu dan hari terbaik 'shopping' barang keperluan di pasar raya?

Untuk kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Akademi Sains Pemasaran, para penyelidik menyaksikan lebih daripada 230 peserta dalam tugas membeli-belah simulasi.

Elak guna telefon ketika berbelanja. 

"Dalam kajian itu, penggunaan telefon ketika membeli-belah memberi kesan negatif kepada tingkah laku termasuk membuat keputusan berbeza," kata Michael Sciandra dari Universiti Fairfield, Amerika Syarikat.

Menerusi kaji selidik itu yang diterbitkan dalam Journal of the Academy of Marketing Science, mereka membuat pemerhatian terhadap 230 individu yang menjalani ujian itu.

Hasilnya mereka mendapati, individu yang menggunakan telefon secara kerap menyimpang daripada perancangan awal ketika berjalan dalam pasar raya untuk membeli barang.

"Telefon boleh menjadi gangguan utama dan bentuk gangguan itu sangat unik sebenarnya namun menerusi kajian ini boleh kita simpulkan penggunaan telefon itu memberi kesan dalam cara kita membuat keputusan walaupun hanya untuk membeli barangan dapur," katanya. - New Kerala 

Telefon, Kajian

Artikel Lain