suria

Bila sebenarnya waktu dan hari terbaik 'shopping' barang keperluan di pasar raya?

Kebiasaannya orang ramai akan berkunjung ke pasar raya pada hujung minggu untuk membeli barangan dapur. (Gambar Hiasan)

RAMADAN sudah dekat, pasti ramai di antara kita yang berpusu-pusu ke pasar raya untuk membeli barang basah dan keperluan lain bagi menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur.

Tetapi tugas ini sebenarnya boleh bertukar menjadi beban apabila terpaksa berdepan dengan orang ramai terutamanya pada hujung minggu, mengangkat barang yang berat dan sebagainya.

Sebenarnya hari apa paling sesuai ke pasar raya?

Ramai di antara kita lebih gemar membeli barang dapur pada hujung minggu kerana itu adalah masa paling sesuai dan kebiasaannya pasar raya memang sesak dengan orang ramai.

Membeli barangan keperluan dapur adakalanya memenatkan.

Waktu paling baik membeli barang dapur sebenarnya pada hari Rabu ataupun Khamis kerana kebanyakan pasar raya turut menukar promosi barangan mereka dan orang pun tak ramai!

Tapi kalau terpaksa juga pergi pada hujung minggu, Sabtu adalah paling sesuai berbanding Ahad.

Waktu paling sesuai ke pasar raya?

Sejam selepas pasar raya dibuka adalah waktu paling sesuai kerana kebanyakan barang basah seperti ikan, ayam yang dipamerkan adalah segar!

Kebiasaannya juga, pihak pengurusan sesebuah pasar raya akan menukar produk segar mereka pada waktu petang, jadi kalau terlepas waktu pagi jangan bimbang!

Berkunjung ke pasar raya pada waktu pagi adalah paling baik kerana pelbagai barangan segar dipamerkan.

Perkhidmatan penghantaran

Bagi yang langsung tiada masa ke pasar raya akibat tuntutan kerja, zaman sekarang semuanya terletak di hujung jari.

Sudah banyak pasar raya yang menawarkan perkhidmatan secara dalam talian... anda hanya perlu memilih barangan diperlukan dan ia akan sampai di depan pintu rumah!

Jadi tiada alasan sebenarnya untuk tidak memasak lebih-lebih lagi bersempena bulan Ramadan ini.

Ramadan, Pasar Raya

Artikel Lain