suria

Jangan terkejut... Kata pakar banyak makan nasi boleh lawan obesiti!

Diet orang Jepun atau Asia yang makan nasi, kurang mengalami kegemukan. - Gambar hiasan/Pixabay

KAJIAN pakar mendapati mereka yang mengamalkan diet berasaskan nasi kurang cenderung untuk mengalami obesiti berbanding mereka yang tinggal kurang menjamah makanan ruji masyarakat Asia itu.

Kajian tersebut juga mendapati diet orang Jepun atau Asia yang makan nasi, kurang mengalami kegemukan.

Diet berkarbohidrat rendah seperti Atkins atau Keto yang selalunya mengehadkan pengambilan nasi adalah satu strategi popular untuk menurunkan berat badan di beberapa negara membangun.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan sudah, tapi perut asyik minta diisi! Ketahui 5 punca buat anda selalu rasa lapar

Bagaimanapun, kesan nasi ke atas obesiti dalam diet tersebut masih belum jelas.

Professor Tomoko Imai dari Kolej Seni Liberal Wanita Doshisha di Kyoto, Jepun yang mengetuai kajian itu berkata: "Kadar obesiti rendah di negara-negara yang makan nasi sebagai makanan ruji.

Nasi perang mengandungi rendah lemak dan akan meningkatkan rasa kenyang. - Gambar hiasan/Pixabay

"Oleh itu, diet makanan Jepun atau Asia yang berasaskan nasi mungkin boleh mencegah obesiti.

"Jadi, makan lebih banyak nasi adalah digalakkan untuk melawan obesiti walaupun di negara-negara Barat."

Jelasnya, nasi mengandungi rendah lemak di mana fiber, nutrien dan sebatian tumbuhan dalam butir nasi akan meningkatkan rasa kenyang dan mencegah seseorang daripada terlebih makan. - Leeds Live

nasi, diet, atkins, keto

Artikel Lain