Bimbang terkena gangguan selepas tinggalkan hostel berbulan-bulan, beri salam dan solat sunat dua rakaat dapat lindungi kita

Gangguan makhluk halus boleh terjadi sekiranya kita meninggalkan rumah untuk tempoh jangka panjang. - Gambar Sekadar Hiasan

SEJAK beberapa hari lalu, kecoh geng pelajar kembali ke hostel universiti selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pelbagai kisah tular di Twitter seperti menjumpai bangkai haiwan yang sudah reput di dalam bilik, taburan sampah sarap dan tidak kurang pengalaman kejadian seram selepas meninggalkan hostel selama beberapa bulan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (UM), Mizra Hilmi Abu Bakar berkata, ketakutan manusia terhadap perkara ghaib adalah senario biasa namun menasihatkan agar tidak terbawa-bawa dengan perasaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawat berduri atas jambatan, lokasi pertemuan air mata 2 beradik jadi sejarah... penduduk bersorak jam 12 tengah malam saat sempadan Perak-Selangor dibuka

Bercakap menerusi program mStar Live+ pada Rabu, Mizra berkata, ketakutan seseorang itu sebenarnya adalah permainan perasaan namun tidak menolak gangguan ada berlaku apabila sudah meninggalkan rumah atau sesuatu kawasan terlalu lama.

"Ketakutan kita itu melebihi segala-galanya. Kucing mengiau pun kata boleh dengar macam perempuan menangis. Kita sebenarnya bukannya takutkan hantu tapi takut gelap.



Mizra tampil dalam program mStar Live+ yang bersiaran pada Rabu.

"Namun itu tidak bererti gangguan seperti ini tidak berlaku tetapi boleh dikatakan jarang sekali seperti di kolej kediaman di universiti," katanya yang juga Pengetua Kolej di UM.

Dalam pada itu, Mizra memberitahu mengambil wuduk dan solat sunat dua rakaat adalah antara kaedah yang boleh dilakukan pelajar apabila pulang ke kolej masing-masing.

Ini termasuk memberi salam ketika melangkah masuk ke dalam bilik atau rumah agar terhindar daripada anasir-anasir buruk.

"Perkara pertama memberi salam dan ambil wuduk serta buat solat sunat dua rakaat sejurus tiba ke bilik atau rumah kita. Bukan sahaja rumah tetapi kalau masuk ke hutan atau hotel, amalkan dua perkara ini.

"Banyak juga doa-doa dan zikir yang boleh diamalkan bagi melindungi diri kita daripada sebarang gangguan," jelasnya.



Antara gambar yang tular di media sosial baru-baru ini.

Selain itu kata Mizra, faktor kebersihan juga perlu dititikberatkan kerana makhluk halus ini sifatnya gemar akan tempat yang kotor.

mStar Live+ adalah sebuah program santai mengupas isu semasa dunia hiburan dan perkembangan tempatan menemui penonton di Facebook mStar Online pada setiap Rabu, pukul 3.30 petang.

Menerusi episod terbaharu itu juga, empat hos turut membincangkan pelbagai isu lain termasuk mewarna rambut, pokok viral lidah jin serta pelakon Intan Najua dikatakan kembali menjalinkan hubungan dengan bekas tunangnya.

Bagi anda yang terlepas siaran langsung hari ini, jangan risau kerana ia masih boleh ditonton di Facebook dan YouTube mStar Online.

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain