suria

Harga makin mahal... Ini cara buat ayam gunting ala pasar malam, lebih sedap dicicah dengan sos keju!

Ayam gunting menjadi menu pilihan ramai setiap kali berkunjung ke pasar malam. -Gambar hiasan

AYAM goreng celup tepung ala-ala Kentucky Fried Chicken (KFC) merupakan antara makanan paling popular di pasar-pasar malam di seluruh Malaysia.

Kini, menu ayam gunting juga sering menjadi pilihan ramai kerana rasanya lebih berempah, sesuai untuk mereka yang gemar menikmati makanan pedas.

Disebabkan harga ayam gunting yang mencecah RM12, seorang wanita dikenali sebagai Zaitun Abd Hamid berkogsi resipi mudah untuk menghasilkan hidangan berkenaan.

Bagi anda yang berkelapangan, boleh cuba resipi ini di rumah.

Bahan perapan

1.Dada ayam (dipotong nipis)

2. Empat sudu sos tiram

3. Empat sudu serbuk BBQ atau sos lada hitam

4. Sedikit jus perahan lemon atau limau

ayam3

Perap ayam sejam untuk memastikan semua rasa meresap sebati, -Gambar hiasan

Bahan saduran

1. Tepung serbaguna pedas atau original (Tepung Bistari)

2. Tepung ubi atau tepung beras

3. Sedikit serbuk roti

Bahan perasa

1. Serbuk cili

2. Serbuk lada putih

3. Sos cheese (optional)

ayam4

Taburkan serbuk cili untuk menambah rasa pedas ayam gunting. -Gambar hiasan

Cara penyediaan

1. Gaulkan bahan perapan dengan ayam dan perapkan selama sejam.

2. Dalam mangkuk besar, gabungkan semua bahan saduran dan gaul sehingga sebati.

3. Salutkan ayam dengan bahan saduran. Tumbukkan ayam dengan lesung batu untuk memastikan tepung melekat dengan padat.

4. Apabila ayam sudah siap disalut, goreng sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan.

5. Taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili sebaik sahaja ayam sudah digoreng.

6. Apabila sudah selesai digoreng dan ditaburi perasa, ayam goreng sudah siap untuk digunting mengikut saiz yang anda suka! Lagi sedap kalau dimakan dengan sos cheese.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain