MENU ketam perap pedas atau spicy marinated crab yang dipopularkan oleh penduduk Korea Selatan turut menjadi kegilaan ramai di Malaysia.
Kebanyakan restoran Korea di negara ini turut menawarkan menu popular itu, namun harganya mungkin mahal memandangkan ia menggunakan ketam sebagai bahan utama.
Bagi yang mempunyai kelapangan, anda boleh mencuba sendiri untuk menghasilkan menu berkenaan dengan enam bahan mudah sahaja.
Resipi ini dikongsi oleh seorang gadis dikenali sebagai @burntl4tte menerusi aplikasi TikTok.
Antara bahan asas yang diperlukan.
Bahan-bahan:
1. Ketam
2. Serbuk Ghocugara
3. Minyak bijan
4. Sos ikan
5. Lada hitam
6. Bawang putih (ditumbuk halus)
ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah beli... Ini cara mudah buat crepe Milo tabur viral, makan puas-puas!
Cara penyediaan:
1. Cuci ketam sampai bersih menggunakan air.
2. Kukus ketam separuh masak dalam masa 10 minit.
3. Ambil sebuah bekas, masukkan serbuk Ghocugara atau Korean chili flake yang boleh dibeli di pasar/kedai Korea.
4. Masukkan juga minyak bijan, sos ikan, lada hitam serta bawang putih yang telah ditumbuk halus.
5. Perahkan lemon dalam adunan berkenaan.
6. Kemudian gaulkan ketam yang telah dibersihkan menggunakan bahan-bahan tadi.
7. Perap semalaman sebelum ia dihidangkan untuk dimakan mentah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube