suria

Teroka Kuala Selangor 2 hari 1 malam! Ini hotel, port makan best dan lokasi menarik boleh dikunjungi... semua dekat-dekat je

Hotel Lee Shore yang menawarkan panorama memukau ketika matahari terbenam.

KUALA Selangor merupakan salah satu destinasi pelancongan yang semakin popular dalam kalangan masyarakat negara ini.

Selain panorama padi yang meghijau, Kuala Selangor juga menghimpunkan banyak lagi hidden gem lain yang wajib dilawati anda semua.

Berikut kami kongsikan panduan perjalanan selama dua hari satu malam untuk meneroka beberapa lokasi menarik di sekitar Kuala Selangor.

1. Husin Fauzi Farm

Terletak di tengah-tengah Kuala Selangor, Husin Fauzi Farm merupakan ladang yang mempunyai 40 jenis haiwan dan menawarkan pelbagai aktiviti untuk anda sekeluarga.

Selain tarikan haiwan, ia juga menawarkan sukan memanah sebagai aktiviti yang menyeronokkan.

husn farm

Aktiviti berkuda yang boleh dicuba di Husin Fauzi Farm.

2. Taman Alam Kuala Selangor

Ia merupakan rumah kepada pelbagai jenis flora dan fauna termasuk spesies burung dan rama-rama yang jarang ditemui.

Terdapat sebanyak 156 spesies burung di sini di mana 57 daripadanya merupakan burung migrasi yang berhijrah dari Siberia dan Rusia.

tamanalm

Panorama hijau yang mendamaikan jiwa di Taman Alam Kuala Selangor.

Dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, pengunjung boleh berjalan santai di sepanjang laluan dan menikmati suasana yang tenang.

3. Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Tarikan popular ini wajib dikunjungi bagi mereka yang berminat untuk melihat kelip-kelip yang berhabitat di paya bakau Kuala Selangor.

Bermula dari pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam setiap hari, pengunjung boleh menaiki bot sepanjang paya dan saksikan kerlipan cahaya yang indah daripada kelip-kelip!

Kelip-kelip Kampung Kuantan

Perjalanan waktu malam untuk menyaksikan kelip-kelip.

4. Laluan Seni Pekan Lama

Laluan ini dipenuhi dengan 15 jenis seni mural berasaskan warisan di dinding bangunan lama, dan lengkap dengan batu bata yang berwarna-warni sebagai tapak pejalan kaki.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat mural yang unik dan indah di laluan ini. Malah, ia juga sangat sesuai untuk gambar Instagram dan OOTD anda!

5. Masjid Raja Lumu

Ia merupakan sebuah lagi mercu tanda di Kuala Selangor yang dibina di atas tapak bekas Masjid Lama Kuala Selangor. Masjid ini telah dirasmikan sebagai Masjid Diraja ke-9 di Selangor.

Masjid ini terletak berhampiran dengan Kelip-Kelip Kg Kuantan dan Bukit Melawati yang menjadikannya tambahan sesuai pada jadual pelancongan anda!

DCIM100MEDIADJI_0613.JPG

Binaan ikonik Masjid Raja Lumu yang perlu anda lawati sekiranya berkesempatan ke Kuala Selangor.

6. Sasaran Art Beach

Sasaran Art Beach merupakan sebuah galeri yang terletak di perkampungan nelayan di Kuala Selangor bernama Kampung Sasaran.

Galeri ini menyatukan komuniti seni tempatan melalui pelbagai pameran seni dan bengkel.

Sasaran Art Gallery Kuala Selangor

Galeri yang menyatukan komuniti seni tempatan ini terletak di Kuala Selangor.

7. Kinnaree Thai Restaurant

Restoran pork-free ini menawarkan pelbagai jenis hidangan termasuk pilihan kegemaran Thai tradisional dan vegetarian.

Restoran ini juga mempunyai akuarium untuk menyimpan ikan segar yang ditangkap!

Kinnaree Thai Restaurant

Tomyam yang menjadi menu utama di Kinnaree Thai Restaurant.

8. Warung Ibu Nasi Ambeng

Jika anda terigin untuk menikmati keaslian Nasi Ambeng, anda boleh dapatkan di Warung Ibu Nasi Ambeng.

Warung ini terkenal dengan sajian nasi ambeng, iaitu masakan Jawa tradisional.

9. TK Coconut Farm Ville

Terletak di Tanjung Karang, ladang yang berkonsepkan food court ini menawarkan pelbagai makanan berasaskan kelapa seperti coconut shake, jeli kelapa, dan ais krim kelapa.

Ladang ini adalah tempat yang sesuai bagi anda untuk berehat dan makan selepas mengunjungi tarikan pelancongan Kuala Selangor.

TK Coconut Farm Ville

Jangan lupa untuk mencuba pelbagai menu menarik di TK Coconut Farm Ville.

10. Warung Ketupat Kampung Permatang

Warung ini adalah tempat sarapan yang menarik serta menyajikan hidangan tradisional Melayu yang lazat iaitu ketupat.

Mereka juga menyajikan hidangan popular tempatan yang disukai ramai, iaitu Sate! Warung ini akan mengingatkan anda kepada pagi Aidilfitri!

11. Auntie Foo Cafe

Dengan menu kopitiam pork-free yang klasik seperti roti bakar kaya, sandwich telur dan kopi, Auntie Foo Café ialah satu lagi port sarapan yang menarik di daerah ini.

Selain itu, kafe ini juga menjual pelbagai cenderamata dari Kuala Selangor.

Warung Ketupat Kg. Permata

Menu yang mengimbau nostalgia di Warung Ketupat Kampung Permatang.

12. Hotel Le Shore

Dengan hanya 15-minit perjalanan ke Sky Mirror, Hotel Le Shore terletak di jeti memancing yang berusia seratus tahun di Sungai Selangor.

Nikmati pemandangan matahari terbenam yang indah saat anda tidur di bilik-bilik hotel yang dihias moden.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain