suria

Raikan kemakmuran Tahun Arnab dengan pelbagai aktiviti di Legoland

Tahun Baharu Cina di Legoland lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti kebudayaan bertemakan keamanan.

PERMULAAN tahun 2023 pasti akan tersemat di ingatan sekiranya ibu-bapa dan anak-anak memilih untuk bersuka-ria di Taman Tema Legoland Malaysia, dengan perayaan Tahun Baharu Cina disambut pada tanggal 23 dan 24 Januari ini.

Tahun Arnab bagi kepercayaan masyarakat Cina yang membawa makna kemakmuran diserikan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan, persembahan dan permainan di taman tema ini, bermula 13 Januari lalu dan bakal berakhir pada 5 Februari 2023.

“Di Legoland Malaysia, kami percaya kepentingan memelihara budaya dan tradisi yang disambut di Malaysia melalui pendidikan generasi akan datang. Justeru kami mahu memastikan sambutan Tahun Baharu Lunar kali ini dapat diatur dengan pelbagai aktiviti kebudayaan serba baharu yang boleh dinikmati pengunjung.

Lunar 4

Antara aktiviti menarik di Legoland.

“Dalam proses itu, kami tetap setia pada DNA Lego iaitu belajar melalui permainan dalam resort kami. Dengan itu para pengunjung akan memperoleh manfaat iaitu aktiviti yang direka dan diperkenalkan dapat memberi pengetahuan baharu kepada pengunjung resort,” kata Pengarah Divisionnya, CS Lim.

Kemakmuran yang diharapkan sempena perayaan kali ini bakal dipenuhi dengan acara yang akan membawa tuah di seluruh resort dari Taman Tema Legoland, Taman Air, Hotel Legoland sehinggalah SEA LIFE Malaysia.

Beberapa aktiviti yang menanti ialah:

Luahkan hajat

 Luahkan hajat anda di The Wisdom Tree bersama bunga sakura yang cantik. Mana tahu secara kebetulan hajat itu menjadi kenyataan!

 Tonton persembahan Tarian Singa pada 22 Januari 2023.

Lunar 5

Ibu-bapa pasti gembira membawa anak-anak ke Legoland sempena Tahun Baharu Cina 2023. - Gambar hiasan

Perayaan Chinese Roots

 Tonton persembahan kebudayaan serba baharu yang disusun seperti Tarian Tahun Baharu Cina, Tarian Zodiak serta kisah daripada Monkey King.

 Timba aktiviti tradisional Cina Yo-Yos, Jian Zi dan Tarian riben.

 Kanak-kanak boleh menebus hadiah istimewa mereka sendiri apabila mencari dan mengira nombor daripada Tanglung Merah yang bertaburan.

Pertemuan untuk diingati sekeluarga

 Membina sendiri versi unik arnab dengan aktiviti Bina-A-Arnab yang disediakan.

 Abadikan detik Tahun Baharu Cina dengan bertemu watak-watak yang menyeronokkan seperti Raja Monyet yang nakal, Cheng Du Opera dan Ollie serta naga dengan pakaian Tahun Baharu.

 Ambil gambar yang cantik di SEA LIFE, dihiasi dengan tanglung berdiri yang elegan dihiasi bunga Sakura!

 Rasa bertuah? Putar Roda Nasib dan anda mungkin salah seorang yang bertuah untuk membawa pulang dengan hadiah epik.

Lunar 2

Pesta di Legoland Hotel

 Tamatkan aktiviti setiap hari di Legoland Malaysia dengan Sesi Tarian atau pertunjukan bertema watak Lego!

 Mewarna dan cabaran membina aktiviti.

 Kanak-kanak boleh mendapatkan arca belon mereka sendiri di lobi hotel

Kepada yang berhajat untuk menggembirakan hati anak-anak sepanjang perayaan ini, bawalah ke Legoland Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain