suria

Pusat kawalan operasi Saudia Airlines di KAIA serba canggih, terbesar di Timur Tengah... penerbangan lebih efisien

Bangunan dua tingkat itu boleh menampung lebih daripada 1,100 pekerja.

SYARIKAT penerbangan terbesar Arab Saudi iaitu Saudi Arabian Airlines (SAUDIA) mengumumkan pembukaan bangunan operasi terbaharu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (KAIA) di Jeddah.

Bangunan dengan infrastruktur dan teknologi terkini itu dirasmikan dalam majlis penuh istiadat oleh Timbalan Gabenor Makkah Putera Badr bin Sultan bin Abdulaziz, serta Gabenor Jeddah Putera Saud bin Abdullah bin Jalawi.

Bangunan serba lengkap itu akan berfungsi sebagai penggerak utama Saudi Aviation Strategy, di bawah Strategi Pengangkutan dan Logistik Negara yang lebih luas.

Bangunan baharu itu juga akan menyokong SAUDIA dalam usahanya untuk menjadikan KAIA sebagai hab global.

Saudia 1st 787 Events and Flyaway February 2nd and 3rd 2016 *AIR PROMO*BERNICCHI ROBERT C (2289110)rms295407nef2016

Bangunan operasi itu bakal menyediakan akses lebih mudah buat juruterbang dan kru kabin.

Dibina sepenuhnya oleh Syarikat Pembangunan Hartanah Saudi Airlines (SARED) di atas kawasan seluas 50,000 meter persegi, bangunan dua tingkat itu boleh menampung lebih daripada 1,100 pekerja.

Sepanjang peringkat reka bentuk, pembinaan dan penggunaan bangunan, SARED mengutamakan pematuhan piawaian keselamatan tertinggi, termasuklah struktur yang mesra alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat seronok ke kena ‘sidai’ di airport? Pelanggan berhak dapat 3 pampasan ini jika penerbangan tunda, batal

Paling penting, ia juga bertujuan untuk menyediakan persekitaran ideal yang memupuk produktiviti dan inovasi dalam kalangan pekerjanya.

Selain itu, bangunan ini terletak berhampiran lapangan terbang, sekali gus menyediakan akses lebih mudah buat juruterbang dan kru kabin.

Sekitar majlis perasmian bangunan operasi terbaharu SAUDIA di KAIA, Jeddah.

Sekitar majlis perasmian bangunan operasi terbaharu SAUDIA di KAIA, Jeddah.

Lebih menarik, ia turut dilengkapi kiosk self-boarding dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), lima karusel bagasi, serta kira-kira 15 bilik mesyuarat untuk taklimat pra-penerbangan kru kabin.

Bangunan operasi baharu ini juga terdiri daripada beberapa jabatan, termasuk Operasi yang merangkumi Pusat Kawalan.

Ia telah direka untuk membawa setiap sektor yang terlibat secara langsung dalam operasi penerbangan di bawah satu bumbung untuk menyelaraskan komunikasi dan memastikan pelaksanaan yang lancar sepanjang masa.

Untuk rekod, ia juga merupakan pusat terbesar seumpamanya di Timur Tengah dan yang ke-12 ke terbesar di peringkat global.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain