suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat seronok ke kena ‘sidai’ di airport? Pelanggan berhak dapat 3 pampasan ini jika penerbangan tunda, batal

Pelanggan berhak menuntut pampasan sekiranya penerbangan ditunda atau dibatalkan.

CUBA bayangkan sekiranya penerbangan anda ditunda atau dibatalkan.

Lebih teruk jika anda sudah sampai ke lapangan terbang dan berada dalam mood gembira untuk berangkat ke destinasi masing-masing.

Selain rasa marah dan kecewa, kita juga pasti mahu mendapatkan keadilan sewajarnya atas kelewatan atau pembatalan yang berlaku.

Menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, anda berhak menuntut pampasan sekiranya berada dalam situasi tidak diingini itu.

1875868

Ketahui hak anda sebagai pengguna sekiranya penerbangan dibatalkan atau ditunda.

Namun, ia juga bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan dan pengguna boleh menuntut pampasan seperti berikut:

1. Jika penerbangan ditunda dua jam atau lebih, pengguna berhak menuntut pampasan dari segi makanan, penggilan telefon dan akses internet.

2. Sekiranya penerbangan ditunda lima jam atau lebih, anda boleh menuntut pampasan berbentuk hotel dan pengangkutan.

3. Bagi penerbangan yang dibatalkan, pengguna boleh menuntut pembayaran balik secara penuh atau secara penerbangan alternatif.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penumpang mengamuk, hilang sabar penerbangan ‘delay’ 8 jam! Kesian warga emas tak makan ubat, dah check-in bagasi

Menurut suruhanjaya itu lagi, pengecualian pampasan hanya berlaku dalam keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

Pengguna juga disarankan untuk membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan atau layari http://mavcom.my untuk maklumat lanjut.

Pada 24 Disember lalu, mStar turut melaporkan kes tular apabila penumpang mengamuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas penerbangan mereka ditunda selama lapan jam.

Kekecohan itu turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mengarahkan syarikat penerbangan terlibat menghubungi pelanggan untuk memohon maaf.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain