suria

Teruja nak bercuti bersama keluarga? Ini 5 destinasi menarik anda wajib travel... Lebih mudah boleh tempah macam-macam dengan Agoda!

Percutian di Melaka kurang lengkap sekiranya tidak menaiki Melaka River Cruise. -Foto FB Melaka River Cruise.

TAHUN 2023 sudahpun membuka tirainya.

Bersempena dengan kedatangan tahun baharu ini, sudah pasti rata-rata dalam kalangan anda sudah mula merencana percutian bersama keluarga di destinasi atau lokasi menarik untuk menghabiskan waktu berkualiti sambil merehatkan minda.

Tidak semestinya anda perlu terbang jauh untuk bercuti kerana apa yang paling penting adalah lokasi serta tempat penginapan mestilah menjanjikan suasana yang aman, tenang dan selesa.

Masih buntu merancang percutian bersama keluarga? Tak perlu khuatir... dengan Agoda, semuanya menjadi mudah!

Rancang percutian bersama Agoda

Berdasarkan data yang dikumpulkan Agoda, dalam tempoh 12 bulan akan datang, 54 peratus rakyat Malaysia merancang untuk bercuti bersama keluarga isi rumah merangkumi ibu bapa dan anak-anak.

Sementara itu, 45 peratus lagi merancang untuk travel bersama keluarga besar merangkumi datuk dan nenek serta saudara-mara.

Apabila mengembara bersama keluarga atau kumpulan yang besar, 39 peratus rakyat Malaysia akan memilih untuk tinggal di BB atau rumah percutian milik persendirian.

Data juga menunjukkan 22 peratus rakyat Malaysia ingin melancong untuk bertemu dengan rakan dan keluarga, 20 peratus sememangnya bertujuan untuk mengembara, 19 peratus mengembara untuk tujuan kesihatan dan 18 peratus melancong untuk tujuan makanan, seni dan budaya.

Walau apa jua matlamat percutian anda, apa yang penting adalah sebelum membuat rancangan, perlu mengambil kira beberapa aspek seperti memilih penginapan yang berpatutan serta selamat, pengangkutan, lokasi dan aktiviti tarikan pelancong, lebih-lebih lagi jika bercuti dalam kumpulan yang besar.

Ini penting untuk memastikan percutian lebih menyeronokkan, berjalan lancar dan paling penting meninggalkan memori manis untuk dikenang sampai bila-bila.

Di Agoda, semua urusan percutian menjadi lebih mudah. Platform ini membolehkan pelanggan menempah penginapan dan aktiviti semasa bercuti dengan pelbagai pilihan hotel atau jenis penginapan yang sesuai untuk seisi keluarga pada kadar yang menarik.

Bukan itu sahaja, tiket penerbangan pun boleh ditempah secara dalam talian!

Senang cerita, Agoda merupakan platform sehenti (one-stop shop) yang memudahkan dan melancarkan rancangan percutian anda.

Bagi yang merancang percutian dalam kumpulan yang besar, anda boleh memilih untuk menempah penginapan dengan Agoda Homes.

Properti Agoda Homes merangkumi penginapan jenis apartment, banglo, rumah liburan, atau vila, yang sememangnya sesuai untuk keluarga besar anda.

Dengan Agoda Homes, anda tidak perlu membuka aplikasi yang berbeza.

Hanya masukkan tarikh perjalanan dan destinasi anda, nyatakan bilangan dewasa dan kanak-kanak, dan temui pelbagai jenis penginapan yang sedia untuk dipilih. Semestinya mudah dan pantas!

Masih pertimbangkan ke mana destinasi percutian akan datang?

Nah! Agoda menyenaraikan lima destinasi percutian menarik yang patut dikunjungi dan semestinya sesuai untuk seisi keluarga.

1) Cameron Highlands

Ladang teh terbentang luas menyejukkan mata yang memandang. -Foto mStar

Ladang teh terbentang luas menyejukkan mata yang memandang. - Foto mStar.

Lokasi tanah tinggi di Pahang ini menjadi pilihan ramai bukan sahaja kerana suhunya yang sejuk, malah terdapat banyak tempat serta aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Selain menikmati secawan teh bersama scone, anda boleh melawat ladang teh sama ada berjalan kaki atau menggunakan khidmat tramp. Anda boleh membeli sayur, buah-buahan dan bunga segar di Pasar Kea Farm, bermanja dengan biri-biri di The Sheep Sanctuary serta memetik buah strawberi di Big Red Strawberry Farm.

Muzium Time Tunnel. - Foto Agoda.

Muzium Time Tunnel. - Foto Agoda.

Antara lokasi lain yang wajib dikunjungi adalah Cactus Valley, Flora Park Cameron, Cameron Lavender, Muzium Time Tunnel, Pasar Malam Golden Hill dan Rose Valley.

Untuk penginapan, anda boleh cuba menginap di Camping Styles Emerald Avenue yang mampu memuatkan sehingga 10 orang.

Hiasan dan dekorasi di Camping Style Emerald Avenue yang sangat menarik, siap dengan khemah kecil di ruang tamu amat sesuai bagi mereka yang punya anak kecil yang suka meneroka dan bermain.

Antara kelebihan lain, penginapan yang terletak di Brinchang ini berdekatan dengan pilihan lokasi makanan dan juga tarikan menarik.

2) Langkawi

Pantai Cenang menjadi tumpuan pelancong. - Foto mStar.

Pantai Cenang menjadi tumpuan pelancong. - Foto mStar.

Terletak di Kedah, keindahan pantai di pulau ini memikat hati pengunjung. Tidak sekadar boleh bermandi manda, pantai di pulau ini meriah dengan pelbagai aktiviti antaranya pertunjukan api.

Jadi jangan lepaskan peluang berkunjung ke Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Tengah, Pantai Pulau Tuba dan Pantai Pasir Tengkorak.

Tidak lengkap percutian anda sekeluarga sekiranya ke Langkawi jika tidak menaiki kereta kabel. Setibanya di puncak, ambil peluang untuk melihat keindahan panorama pulau ini dari Jambatan Gantung atau Skybridge.

Menyaksikan panorama indah dengan menaiki kereta kabel. - Foto The Star.

Menyaksikan panorama indah dengan menaiki kereta kabel. - Foto The Star.

Selain itu, antara lokasi menarik lain yang wajib dikunjungi adalah Kilim Mangrove, Langkawi Wildlife Park, Muzium 3D Langkawi, Underwater World Langkawi, Air Terjun Telaga Tujuh, Kompleks Kraf, Kompleks Mahsuri dan membeli-belah di zon bebas cukai.

Untuk lokasi penginapan, apa kata anda sekeluarga menginap di LeGrace Villa Langkawi Private Pool yang terletak Pantai Tengah. Penginapan Agoda Homes ini sangat sesuai buat seisi keluarga anda bersantai dengan suasana tenang dan damai ala vila.

Lebih menarik, ia dilengkapi dengan kolam renang persendirian untuk lebih privasi, ruangan vila sangat luas untuk ahli keluarga yang ramai dan mudah diakses kerana berhampiran dengan lokasi tarikan dan tempat makan.

3) Kota Kinabalu

Pemandangan Gunung Kinabalu di Kundasang. - Foto The Star.

Pemandangan Gunung Kinabalu di Kundasang. - Foto The Star.

Kunjungan ke Kota Kinabalu ini tak sah sekiranya anda sekeluarga tidak melawat Kundasang untuk menyaksikan sendiri Gunung Kinabalu yang tersergam indah.

Jika ke Kundasang, anda wajib singgah ke Desa Cattle Dairy Farm, Kolam Air Panas Poring, Ladang Teh Sabah, Mesilau Nature Park, Rumah Terbalik dan Jambatan Tamparuli.

Sementara itu di bandar Kota Kinabalu pula, jangan lepaskan peluang menikmati makanan laut segar di kebanyakan pasarnya. Siap boleh beli untuk dibawa pulang!

Makanan laut di Pasar Besar Kota Kinabalu. - Foto The Star.

Makanan laut di Pasar Besar Kota Kinabalu. - Foto The Star.

Antara lokasi yang wajib dikunjungi adalah Pasar Besar Kota Kinabalu, Pasar Filipina, Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu Upside Down House, Jesselton Point Waterfront, Mari-Mari Cultural Village, Masjid Terapung Likas, Pasar Gaya dan Pulau Manukan.

Untuk lokasi penginapan, apa kata anda sekeluarga menginap di Maison Life @The Loft Imago 9. Lokasi penginapan berkonsepkan apartment ini

terletak betul-betul di atas pusat beli-belah Imago dan hanya 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Ia juga berhampiran lokasi tarikan pelancong yang popular seperti Pulau Mamutik, pasar malam dan pasar Ahad Jalan Gaya. Jadi memang mudahlah

untuk anda sekeluarga kerana akses yang mudah ke tempat makan dan membeli-belah.

4) Pulau Pinang

Nasi kandar sememangnya terkenal di Pulau Pinang.

Nasi kandar sememangnya terkenal di Pulau Pinang.

Bukan sekadar banyak 'port' makan terbaik, negeri ini juga menjadi pilihan semua termasuk keluarga yang mahu bercuti kerana kaya dengan budaya dan lokasi peninggalan bersejarah untuk dikunjungi.

Bagi keluarga yang kaki 'jalan-jalan cari makan', boleh singgah ke Padang Kota Lama untuk menikmati pasembur.

'Port' makan lain yang wajib dikunjungi adalah Nasi Kandar Deen Maju, Nasi Kandar Hameediyah, Restoran Kapitan, Restoran Sup Hameed, Roti Canai Gemas Road, Astaka Taman Tun Sardon, Laksa Janggus, Mi Sotong Hameed Pata dan banyak lagi.

Menaiki beca dan menikmati keindahan mural di Lebuh Armenia.

Menaiki beca dan menikmati keindahan mural di Lebuh Armenia.

Bagi yang ingin merehatkan minda, apa kata anda berkunjung ke Batu Feringghi dan Bukit Bendera. Selain itu, tak sah juga sekiranya tidak berlibur di taman tema air Escape Penang.

Lengkapkan jurnal perjalanan ke Pulau Pinang dengan mengunjungi Kampung Agung, The Habitat, Entopia, Komtar, Jalan Seni Lebuh Armenia, Penang 3D Trick Arts, Fort Cornwallis, Bazaar Chow Rasta, dan Jeti Chew. Semua lokasi ini memang 'Insta-worthy'!

Untuk lokasi penginapan pula, anda sekeluarga boleh meninap di Sea View 3BR Designer Condo by ALV Suites. Pangsapuri tiga bilik tidur yang bergaya ini mempunyai ruang yang luas, sesuai untuk ahli keluarga yang ramai.

Terletak di lokasi strategik di Georgetown, sememangnya ia berdekatan dengan tempat tarikan pelancongan terkenal, antaranya Pinang Peranakan Mansion.

5) Melaka

Bangunan Stadthuys merupakan salah satu binaan ikonik di Melaka. - Foto Tourism Melaka.

Bangunan Stadthuys merupakan salah satu binaan ikonik di Melaka. - Foto Tourism Melaka.

Melaka terkenal kerana memiliki pelbagai keunikan terutama seni bina yang wujud sejak ratusan tahun dahulu. Anda wajib menaiki cruise menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam.

Di sepanjang laluan, anda disajikan dengan pemandangan Kampung Morten, Jambatan Hang Tuah dan deretan bangunan yang indah dengan dekorasi lukisan serta kerlipan lampu berwarna-warni.

Jangan lupa 'cuci mata' melihat barang rare atau antik di Jonker Walk. Selepas penat berjalan, apa kata cuba merasai pengalaman menaiki beca pula.

Lokasi menarik lain yang wajib dikunjungi jika ke Melaka sudah tentunya Menara Taming Sari, Muzium Kapal Selam, Kota A Famosa, Masjid Selat, Muzium Maritim, Pantai Klebang, Muzium Istana Kesultanan Melaka, Zoo Melaka, Taman Buaya, Mahkota Parade, Muzium Hang Tuah, Muzium Al-Quran dan Bangunan Stadthuys.

Tidak lengkap sekiranya kunjungan ke Melaka tanpa ke 'port' makan. Nikmati asam pedas di Asam Pedas Claypot, coconut shake di Batu Berendam dan Klebang serta kuih keria di Limbongan.

Pelbagai barangan antik dan ‘rare’ yang dijual di Jonker Walk. - Foto The Star.

Pelbagai barangan antik dan ‘rare’ yang dijual di Jonker Walk. - Foto The Star.

Untuk penginapan, anda dan seisi keluarga boleh menginap di Melaka Atlantis StayComfort. Pastinya anak-anak anda akan tersenyum kerana lokasi penginapan ini dilengkapi dengan taman permainan mini waterpark.

Kemudahan lain yang tersedia adalah seperti gimnasium, kawasan untuk barbeku, taman permainan kanak-kanak dan bilik menari.

Penginapan ini hanya terletak beberapa minit pemanduan dengan kereta ke beberapa lokasi tarikan seperti Jonker Street, St Paul's Hill & Church dan Muzium Warisan Baba & Nyonya.

Semuanya menarik dan sarat dengan lokasi serta aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga, bukan?

Jadi apa tunggu lagi? Rancang segera percutian keluarga anda dan pilih Agoda agar ia menjadi kenangan yang indah untuk diabadikan.

Maklumat lanjut, layari www.agoda.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain