suria

Alang-alang ke Korea Selatan apa kata terus ke Busan! Ini 14 lokasi best yang boleh anda kunjungi

Busan ialah bandar dan pelabuhan kedua terbesar di Korea Selatan.

BUSAN ialah bandar dan pelabuhan kedua terbesar di Korea Selatan yang terkenal dengan pantai, kolam air panas, rizab semula jadi dan acara terkenal tahunan seperti festival filem antarabangsa.

Antara 14 lokasi menarik di sana termasuklah Perkambungan Budaya Gamcheon, Taejongdae dan Jambatan Gwangan dan banyak lagi.

1. Perkampungan Budaya Gamcheon

Rumah-rumah yang tersusun secara bertingkat di sepanjang lereng bukit.

Perkampungan Budaya Gamcheon merupakan lokasi letaknya kediaman indah di mana rumah dibina secara bertingkat di sepanjang lereng bukit.

Rumah, mural, kedai dan kafe yang dicat berwarna-warni dan tersusun di tepi lereng bukit curam menjadikan keseluruhan kampung ini nampak unik.

Kampung ini dibina pada tahun 1920-an hingga 1930-an dan telah dibaik pulih beberapa tahun lalu untuk menarik kedatangan pelancong.

Terdapat juga galeri seni dan muzium untuk dikunjungi di Perkampungan Budaya Gamcheon.

2. Taejongdae

Pemandangan semula jadi di Taejongdae.

Taejongdae ialah taman semula jadi terkenal yang menawarkan salah satu pemandangan semula jadi terbaik di Korea.

Taman ini terletak di Busan, Korea Selatan, sesuai untuk mereka yang suka bersiar-siar kerana ia menawarkan pemandangan tebing yang menakjubkan.

Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti menyelam dan bersiar-siar sambil menikmati suasana persekitaran mereka menggunakan denai pejalan kaki.

3. Jambatan Gwangan

Jambatan Gwangan merupakan jambatan terpanjang di Busan

Jambatan Gwangan, adalah jambatan kenderaan terpanjang di Busan yang terbentang di atas lautan, menawarkan pemandangan yang indah buat pengunjung.

Jambatan ini dibina pada Ogos 1994, menghubungkan bandar Busan ke kawasan lain, yang menawarkan cara yang cekap untuk meneroka dan mengembara ke lokasi menarik yang berbeza.

4. Muzium Pameran Filem Busan

Muzium bertemakan filem pertama di Korea Selatan.

Destinasi ini ialah muzium interaktif dengan tema berasaskan filem.

Aspek berbeza yang terlibat dalam pembikinan filem seperti kesan bunyi, kesan khas, dan lain-lain boleh dilihat di sini.

Dalam bilik realiti maya (VR) yang terdapat dalam muzium ini, pelawat dibenarkan menonton filem menggunakan cermin mata VR khas di bilik disediakan.

5. Muzium Maritim Kebangsaan Korea

Muzium yang memaparkan budaya industri marin.

Bandar Busan membina Muzium Maritim Kebangsaan Korea untuk mempromosikan industri dan budaya maritim Korea.

Ia memaparkan semua tentang sejarah dan budaya industri marin dan menawarkan banyak aktiviti menarik.

Pengunjung tidak boleh ketinggalan untuk melawat destinasi ini kerana ia merupakan dewan pameran hidupan laut terbesar di Busan.

6. Pusat Seni Radium

Galeri seni memberikan pengalaman unik kepada pelancong.

Pusat Seni Radium ialah pameran seni yang memaparkan karya seni yang dihasilkan oleh artis terkemuka abad ke-20.

Galeri seni kontemporari yang terletak di tepi Pantai Haeundae, Busan ini menampilkan tema pameran yang berbeza, memberikan pengalaman unik kepada pelancong.

Tambahan pula, pusat seni ini mempunyai kafe dan kedai cenderamata yang menjual cetakan seni, poskad dan arca mewah buatan tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow dah bebas... 8 destinasi pelancongan ini catat sifar kes Covid-19!

7. Seomyeon

Hab komersial yang sering mendapat perhatian pelancong.

Seomyeon, ialah hab komersial untuk pengunjung yang ingin bermalam sambil menikmati hidangan di pelbagai restoran dan kelab.

Pengunjung juga akan menyukai tempat ini kerana terdapat sebuah hotel yang menawarkan tempat penginapan berkualiti dan kemudahan lengkap.

8. Pantai Haeundae

Pantai Haeundae yang bersih, mesra pelancong.

Pantai Haeundae yang terbentang sepanjang kira-kira 1.5 kilometer dan 50 meter lebar ini ialah pantai terkenal di Busan, menampilkan pasir dan air laut yang sangat bersih.

Pantai ini adalah tempat sesuai untuk melakukan aktiviti air dan juga elok untuk berehat dan bersantai kerana menawarkan pemandangan laut yang menenangkan.

9. Haedong Yonggungsa

Salah satu kuil yang berhampiran dengan kawan

Berbanding kuil Budha tradisional yang lain di kawasan pergunungan, Haedong Yonggungsa adalah kuil yang terletak berhampiran laut untuk pengunjung bermuhasabah dan mengamalkan kepercayaan mereka sambil mengagumi pemandangan indah.

Ia juga menawarkan suasana yang damai untuk tetamu berasa tenang.

10. Beomeosa

Suasana tenang di Beomeosa untuk mengistirahatkan minda.

Beomeosa ialah sebuah kuil utama Budha di Korea yang dibuka kepada orang ramai tanpa mengira agama.

Kuil ini menggalakkan pengunjungnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang prinsip dan cara hidup orang Budha.

11. Pasar Jagalchi

Para pegunjung boleh menikmati hidangan laut di lokasi ini.

Pasar Jagalchi, yang terletak di Busan, adalah syurga pencinta makanan laut kerana hampir semua hidupan laut boleh dijumpa di sini.

Destinasi ini juga terkenal di dunia sebagai pasaran makanan laut terbesar di Korea Selatan, di mana mereka menjual ikan segar dan baru ditangkap, udang, sotong, serta makanan laut eksotik yang lain.

12. Muzium Sejarah Semula Jadi Marin Busan

Muzium ini sarat dengan informasi.

Muzium yang terletak di Busan ini adalah destinasi yang mesti dikunjungi kerana ia menyediakan pengalaman dan pendidikan kepada orang ramai.

Pameran bermaklumat yang disediakan memberi para tetamu gambaran keindahan lautan yang menempatkan lebih 25,000 spesis marin.

13. Muzium Seni Moden Busan

Pelbagai karya seni boleh diakses pelancong di Muzium Seni Moden Busan.

Muzium Seni Moden Busan terletak di Pulau Eulsukdo yang menempatkan koleksi seni kontemporari, karya seni moden dan bahan lain berkaitan seni.

Terdapat taman arca luar, perpustakaan, pusat audiovisual dan lima tingkat galeri yang memaparkan lukisan artis terkemuka Korea dan juga dari seluruh dunia.

14. Menara Bandar Lotte Busan

Menara unik ini menyerupai kapal berdiri.

Menara Bandar Busan Lotte, juga dikenali sebagai Menara Dunia Busan Lotte, ialah sebuah bangunan pencakar langit yang megah setinggi 108 tingkat, lebih dari 510 meter.

Reka bentuk bangunan itu menyerupai kapal berdiri yang mewakili pelabuhan bandar.

Menara ini terdiri daripada kedai runcit, pejabat, hotel mewah, pawagam, kediaman, dan tempat letak kereta bawah tanah yang mencukupi untuk lebih 2,400 kereta. - msn

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain