suria

Wow dah bebas... 8 destinasi pelancongan ini catat sifar kes Covid-19!

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendakwah beberapa negara ini tidak terjejas dengan virus Covid-19.

COVID-19 telah melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta ekoran terpaksa melaksanakan pelbagai perintah sekatan bagi membendung penularan wabak.

Pelbagai sekatan itu juga turut menyukarkan perancangan seseorang untuk melancong ke destinasi pilihan, malah terpaksa berdepan dengan pelbagai peraturan yang ketat sebelum memasuki sesebuah negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kira siang atau malam, Skywalk Menara Kuantan 188 tarikan terkini panorama 360 darjah

Bagaimanapun, banyak negara berganding bahu demi menaikkan semula ekonomi dunia disamping melakukan pelbagai kaedah pencegahan dalam meredakan pandemik.

Dalam pada itu, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat beberapa negara yang dikatakan sudah bebas daripada wabak atau tidak mempunyai kes Covid-19, termasuklah;

1. Tokelau

Terletak di lautan Pasifik Selatan, Tokelau yang mempunyai sekitar 1,500 penduduk telah disenaraikan sebagai bebas Covid-19 oleh WHO.

Memandangkan tempat itu tiada lapangan terbang, ia boleh diakses dengan kapal, bot layar dan helikopter.

2. Tuvalu

Menurut laporan WHO, hampir 50 daripada 100 orang telah diberi vaksin sepenuhnya di Tuvalu, walaupun penduduknya tidak ramai namun tetap melakukan kuarantin dan menutup sempadan bagi elak jangkitan virus itu.

Ia juga antara negara pulau yang terletak di Pasifik Selatan terdiri daripada sekumpulan enam atol dan tiga pulau terumbu.

3. Kepulauan Pitcairn

Pulau-pulau ini terletak di Lautan Pasifik yang terdiri daripada empat pulau, iaitu, Henderson, Oeno, Pitcairn, Ducie. Ia juga sebuah Wilayah Luar Negara British dikenali sebagai wilayah paling kurang penduduk di dunia.

Berdasarkan rekod, penduduk Polinesia mempunyai 50 orang yang pertama tiba di Kepulauan Pitcairn, ia adalah satu-satunya pulau yang didiami. Malah, mereka bebas dari terkena jangkitan virus itu.

4. Saint Helena

Terletak di Lautan Atlantik Selatan, Saint Helena dianggap sebagai salah satu lokasi paling terpencil di dunia. Ia juga terletak lebih daripada 1,200 batu di pantai barat dari barat daya Afrika, dan 2,500 batu dari Rio de Janeiro.

Tempat itu mempunyai populasi kira-kira 4,500 orang yang berjaya mengelakkan terkena virus. Pun begitu, mengikut laporan WHO, 58 orang setiap seratus penduduk telah divaksin sepenuhnya di sini.

5. Nauru

Manakala, Nauru pula merupakan negara pulau kecil yang terletak di timur laut Australia dan mempunyai pantai berpasir putih, terumbu karang, termasuk Teluk Anibare di pantai timur.

Menurut WHO, pulau itu bebas daripada serangan Covid-19 selain berfungsi sebagai tempat berteduh dan laluan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua sebelum ini.

6. Micronesia

Mikronesia sohor di seluruh Pasifik Barat yang terdiri daripada empat pulau, dan lebih daripada 600 pulau disekitarnya. Empat pulau utamanya ialah Korsae, Chuuk, Yap, dan Pohnpei.

Menariknya, destinasi ini turut terkenal sebagai pusat penyelaman yang penuh dengan bangkai kapal, pantai berlorek palma dan runtuhan purba, selain bebas daripada gejala virus berbahaya itu.

7. Niue

Tidak ketinggalan Niue yang merupakan sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik Selatan berjaya menjauhkan diri daripada virus Covid-19.

Ia juga tular di dunia sebagai tapak menyelam terumbu karang batu dan cenuram batu kapur. Tempat bak syurga ini merupakan salah satu negara terkecil namun terkenal sebagai salah satu tempat pertumbuhan karang terbesar di Bumi.

8. Turkmenistan

Walaupun Turkmenistan terletak di Asia Tengah, ramai yang terkejut bagaimana ia berjaya menangkis wabak Covid-19, sedangkan virus berbahaya itu menular dengan cepat.

Bagaimanapun, negara itu belum melaporkan sebarang kes itu secara rasmi, manakala pegawainya mengehadkan acara keagamaan besar-besaran, sekatan perjalanan keluar masuk, dan menggalakkan pemakaian topeng muka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain