suria

Laos destinasi ‘rare’ yang dijamin selamat, piawaian LaoSafe janjikan kepuasan 100 peratus pelancong asing

Piawaian LaoSafe diwujudkan untuk memastikan keselamatan para pelancong yang berkunjung ke negara itu.

NEGARA seperti Thailand, Indonesia dan Singapura sering menjadi destinasi libur rakyat Malaysia yang mahu melancong dalam rantau Asia.

Sesekali, tidak salah untuk kita mengubah selera dan mencuba destinasi agak 'rare' seperti Laos yang menjanjikan seribu satu keseronokan buat pelancong luar.

Antara soalan popular yang sering diajukan orang ramai tentunya, "selamat ke pergi bercuti ke Laos?"

Bagi yang tertanya-tanya, Laos membuka semula sempadannya kepada pelancong antarabangsa pada 9 Mei dengan menggugurkan semua keperluan ujian dan kuarantin untuk pengembara yang telah divaksin.

file7lxhf2nbn9h2vk17b23

Negara Laos komited dalam memastikan mutu keselamatan serta kebersihan buat pelancong luar. Foto: Kaikeo Saiyasane/Xinhua.

Sehingga kini lebih 710 pemandu pelancong dan 270 pemandu juga telah mencapai pensijilan LaoSafe.

Apa itu LaoSafe? Ia merupakan satu piawaian keselamatan yang direka untuk mewujudkan sistem kesihatan dan kebersihan bertaraf dunia dalam industri pelancongan dan hospitaliti mereka.

"LaoSafe ialah piawaian yang bagus untuk dimiliki dan sangat penting dalam era normal baharu. Latihan LaoSafe yang telah diterima oleh pemandu pelancong kami telah membantu mereka mengutamakan keselamatan dan kebersihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak cari resort dikelilingi sawah, gunung dan dekat dengan pantai? Nahdhoh Langkawi Resort pilihan terbaik... Siap mesra Muslim!

"Sebagai pengendali pelancongan, saya mahu pelancong mengetahui bahawa Laos mempunyai piawaian keselamatan yang ditetapkan, untuk mereka yang mengembara dengan ketenangan fikiran dan keyakinan.

"Saya ingin menjemput orang ramai untuk melawat Laos dan bagi pengendali pelancongan di Laos untuk memohon LaoSafe," kata Pengarah Urusan di EXO Travel Laos, Duangmala Phommavong.

Sistem piawaian itu dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan negara Laos.

Piawaian khusus sektor penginapan, makanan dan minuman, pemandu pelancong serta pemandu dibangunkan untuk meningkatkan penanda aras penyediaan kebersihan di seluruh negara dan membina keyakinan antarabangsa di Laos sebagai destinasi pelancongan yang selamat.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita rasai sendiri keseronokan di Laos!

Untuk maklumat lanjut, layari www.laosafe.gov.la. Jadi apa tunggu lagi, jom kita rasai sendiri keseronokan di Laos!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain