suria

Nak jimat duit sewa bilik hotel? Siapkan tempat tidur anda sendiri... lokasi memang best

Pakej F.W.H untuk tempahan bilik di Hotel First World. foto Resorts World Genting

MENIKMATI percutian dengan menginap di hotel tentunya menyeronokkan.

Lebih-lebih lagi suasananya yang tenang dan mendamaikan.

Jika bilik hotel yang ditempah ada pakej yang menjimatkan kos pasti lebih berbaloi, kan?

Siapa je yang tak nak diskaun apabila menginap di hotel.

pakej FWH 7

Destinasi percutian popular di Genting Highlands. foto instagram jamesbyw

Caranya mudah, di mana anda hanya perlu mengemas katil sendiri bagi membolehkan anda menikmati diskaun untuk penginapan.

Cukup unik, begitulah pakej yang diperkenalkan oleh Resorts World Genting untuk mereka yang mahu menempah bilik penginapan di Hotel First World di Genting Highlands.

Lokasi pun sudah cukup menarik perhatian yang mana ia merupakan destinasi pelancongan popular.

Lebih menarik, anda boleh berlibur di taman tema Genting Skyworlds dan teman tema indoor Skytropolis serta merasai kesejukan di tanah tinggi.

pakej FWH 6

Taman tema Genting Skyworlds.

Mengenai pakej yang ditawarkan, ia dikenali sebagai Pakej F.W.H, singkatan kepada Fix your bed (Kemas katil anda sendiri), Waived early-check in fees (Mengetepikan fi daftar masuk awal) dan Hygienic stays (Penginapan yang bersih).

Apa yang unik tentang Pakej F.W.H ini?

Bilik anda kekal sama dengan tahap pemeriksaan kebersihan ketat yang diiktiraf industri.

Satu-satunya perbezaan ialah anda akan menerima kit kemudahan peralatan tempat tidur untuk menyiapkan katil anda, dan anda akan dapat menginap di hotel terbesar di dunia pada kadar yang lebih murah!

pakej FWH 4

Hotel First World. foto Resorts World Genting

Dengan menempah pakej ini, anda berpeluang mendapat:

1. Anda berpeluang menginap di bilik Standard MYB (Make Your Bed).

2, Anda akan diberikan kemudahan peralatan tempat tidur termasuk cadar, sarung bantal, sarung duvet untuk menyiapkan katil dan peralatan mandian untuk melengkapkan bilik anda.

pakej FWH 5

Pakej penginapan yang ditawarkan oleh Resorts World Genting.

Apabila anda memilih pakej ini, pastikan anda sudah bersedia untuk mempersiapkan katil sendiri.

Ini kerana caj sebanyak RM60 akan dikenakan sekiranya terdapat permintaan untuk kakitangan hotel melakukannya untuk anda.

Dan sesiapa yang mahu menukar bilik kepada bilik yang telah dikemaskan akan dikenakan caj mengikut kadar biasa hotel.

pakej FWH 3

Kemudahan penginapan di Hotel First World.

Tapi mungkin juga anda sebenarnya lebih selesa menyiapkan sendiri katil tempat tidur daripada dilakukan orang lain. Jadi berbaloilah, kita rasa puas hati, diskaun pun dapat.

Promosi bagi Pakej F.W.H boleh didapati sehingga 31 Disember 2022.

Maklumat lanjut boleh layari Resort World Genting.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain