suria

Tak sabar nak jumpa ‘oppa’ Korea? Nanti dulu, cuba semak 6 perkara wajib ini sebelum travel

Ramai memilih untuk melancong ke Korea sebagai destinasi percutian.

APABILA bercakap mengenai percutian ke luar negara, Korea Selatan pastinya menjadi antara destinasi pilihan rakyat Malaysia.

Antara faktor utama Korea menjadi salah satu destinasi percutian kesukaan rakyat Malaysia adalah disebabkan jarak perjalanan yang tidak terlalu jauh iaitu sekitar lima hingga enam jam sahaja dengan menaiki kapal terbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar di Korea, berhijab, suka menari! Gadis Malaysia cetus kontroversi kongsi pandangan ‘wanita Muslim dan tarian’ dalam temubual BBC

Malah kos penginapan serta tiket kapal terbang juga tidaklah terlalu mahal lebih-lebih lagi jika syarikat penerbangan mengadakan tawaran atau promosi tertentu.

Jika anda merancang untuk melawat ke negara berkenaan dalam masa terdekat, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika mahukan perjalanan yang lancar.

Ikuti enam langkah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum ke Korea:

1. K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization)

Bermula 30 Mac, pengembara perlu memohon K-ETA sebelum dibenarkan masuk ke Korea.

Borang ini perlu diisi lengkap dan disahkan supaya anda boleh melancong ke Korea tanpa visa.

Ia perlu diperoleh sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas ke Korea.

Tapi harus diingat K-ETA hanya diperlukan untuk percutian jangka pendek sahaja.

2. Q-Code (Quarantine Covid-19 Defence)

Pengecualian kuarantin akan diberikan hanya kepada pengembara yang divaksin sepenuhnya dan telah mendaftarkan rekod vaksinasi mereka dalam laman web Q-Code.

3. Ujian pengesahan Covid-19 PCR (polymerase chain reaction) atau ujian antigen RTK (Rapid Test Kit)

Semua pelancong diwajibkan melakukan ujian PCR Covid-19 dalam tempoh 48 jam atau ujian RTK dalam masa 24 jam sebelum tarikh anda berlepas.

Pastikan keputusan ujian anda adalah negatif dalam sistem Q-Code terlebih dahulu.

4. Pas Safe2GO

Memastikan anda telah membuat pra-tempahan keputusan ujian RTK melalui laman web pas Safe2GO dan membawa pengesahan tempahan anda bersama ke Korea.

5. Insurans perjalanan

Mengambil insuran perjalanan adalah tidak wajib namun sangat digalakkan.

6. Bawa keputusan RTK ke Korea

Hasil keputusan ujian yang telah dibuat perlu dibawa ke sana. Kemudian lakukan ujian RTK sekali lagi pada hari keenam anda berada di Korea.

Bagaimanapun ujian pada hari keenam itu tidak diwajibkan selepas 1 Jun 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain