suria

Tu diaaa... Tawaran ‘gila-gila’ diskaun 50 peratus harga tiket dan aktiviti lain di Legoland sempena Festival Persahabatan

Tawaran hebat diperkenalkan Legoland sempena Festival Persahabatan dari 3 Disember sehingga 9 Januari 2021.

CUTI persekolahan hujung tahun yang akan bermula pada 11 Disember ini tentunya bakal memberi keriangan kepada anak-anak.

Maklum sahajalah setelah sekian lama kita terkurung dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19, kini tiba masanya untuk ibu bapa merancang sesuatu dalam usaha menghilangkan tekanan akibat pelbagai sekatan yang dilaksanakan sebelum ini.

Tercari-cari destinasi manakah yang hendak dituju sempena cuti persekolahan ini, apa kata anda buat pilihan untuk menghala arah perjalanan ke Selatan tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka hobi permainan Lego sejak kecil kini kerjaya Muhammad Khairul... paling bangga 150,000 Lego hargai frontliners - “Seronok lihat idea saya diubah jadi produk nyata”

Pilihlah untuk menikmati kenikmatan percutian keluarga di Legoland, Johor.

Apa yang best ialah diskaun sehingga 50 peratus diperkenalkan oleh pihak pengurusan taman tema ini.

Lego 1

Kanak-kanak mesti suka dengan suasana bilik tidur sebegini.

Kepada yang mempunyai keluarga besar, inilah masa terbaik untuk mengunjungi Legoland kerana tawaran gila-gila bukannya sentiasa diperkenalkan.

Ia diadakan bagi meraikan persahabatan yang dapat memberi kepada orang ramai satu pengalaman menyeronokkan untuk dikenang dengan tema “Keseronokan Terbesar, Dibina atas Persahabatan.” Ia disambut dari 3 Disember sehinggan 9 Januari 2021.

Festival Persahabatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama kanak-kanak dan juga ibu-bapa bagi meraikan kegembiraan bersama selepas sekian lama ‘terasing’ akibat pandemik.

Jualan hebat 12.12 - 24 jam

Orang ramai boleh mendapat diskaun 50 peratus apabila membeli mana-mana tiket satu hari untuk memasuki Taman Tema, Double Park atau Triple Park. Pembelian hendaklah dibuat menerusi laman web Legoland Malaysia pada 12 Disember 2021. Tawaran hanya dibuka dalam masa 24 jam sahaja pada tarikh berkenaan.

Legoland 2

Permainan yang mencabar seperti ini turut menetikberatkan prosedur operasi standard (SOP).

Promosi eksklusif hotel kepada pemegang pas tahunan Triple Park

Pemegang pas ini layak mendapat potongan 20 peratus untuk penginapan pada hari berikutnya dengan menggunakan kod promo “APHP1”.

Early Bird Gets The Worm

Petikan di atas yang bermaksud ‘seseorang yang tiba dahulu mempunyai peluang terbaik untuk berjaya’ membolehkan pelanggan yang menempah tiket satu hari - Single Park, satu hari - Double Park atau satu hari - Triple Park sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal daripada tarikh percutian layak mendapat diskaun 25 peratus untuk tiket mereka.

Pembelian barangan Lego

1. Dengan pembelian Lego Eksklusif dan aksesori, anda akan mendapat diskaun 30 peratus untuk mana-mana satu mainan Lego pilihan anda.

2. Tebus dan sesuaikan gelang Lego Dots percuma dengan perbelanjaan minima RM149 untuk mainan Lego Friends/Lego Dots.

Aktiviti lain yang diadakan ialah:

• Menyanyilah sepuas hati dan luahkan diri anda secara bebas di gerai Karaoke Andrea!

• Pupuk cinta anda terhadap haiwan di Kandang Mia dan bina seekor Bella - kuda kegemaran Mia!

• Hayati pihak berdaya saing anda dengan Shoot and Score Stephanie. Bersedia untuk mempamerkan kemahiran kesukanan anda dan menjadi teratas di papan skor.

• Kelas Seni Ekspresif Emma ialah tempat anda boleh membiarkan imaginasi anda mengalir.

Legoland 1

Eratkan persahabatan sesama kanak-kanak melalui permainan.

• Gerakkan badan anda dengan Stephanie's Stepathon.

• Jika anda ingin tahu seperti Olivia, lihat rancangan Sains Mad Olivia untuk mempelajari beberapa eksperimen gila.

• Suka misteri dan masalah yang baik untuk diselesaikan, pakai topi detektif anda untuk membantu gadis-gadis mencari beberapa barang yang hilang dengan Friends Fun Find.

• Sambut 2022 dengan pertunjukan cahaya yang menakjubkan dengan sentuhan Lego di Fireworks Extravaganza pada 8.00 malam pada 31 Disember 2021

• Berpeluang memenangi hadiah hebat setiap hari di Cabutan Kalendar harian apabila anda membelanjakan lebih daripada RM50 di mana-mana kedai runcit Legoland.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain