suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hadkan 24,000 pengunjung sehari, Disneyland Shanghai kini dibuka semula... ada syarat perlu dipatuhi!

Pengunjung kelihatan gembira dapat bersiar-siar di Disneyland Shanghai yang dibuka semula sejak Isnin.

WALT Disney membuka semula taman tema Disneyland Shanghai bermula Isnin selepas ia ditutup selama tiga bulan akibat penularan wabak Covid-19 di China.

Bagaimanapun pembukaan itu dihadkan jumlah pengunjung iaitu sebanyak 24,000 pelawat atau 30 peratus daripada kapasiti harian.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak pengurusan akan memastikan pengunjung menjaga jarak sosial, memakai topeng wajah dan memeriksa suhu badan pelawat dan pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Disney World dijangka tutup sehingga 2021

Berita pembukaan itu mendapat sambutan hangat pengunjung apabila tiket masuk habis terjual sejak Jumaat lalu.

"Kami berharap pembukaan semula Disneyland Shanghai dapat memberi harapan dan inspirasi kepada dunia bahawa Covid-19 dapat diatasi," kata Joe Schott yang juga presiden Shanghai Disney Resort.



Petak kuning disediakan di pintu masuk bagi menjaga penjarakan sosial.

Pembukaan itu juga menandakan kejayaan bagi Walt Disney yang memberi gambaran bagaimana ia dapat pulih daripapada wabak yang memaksanya menutup taman tema di Asia, Amerika Syarikat, Perancis serta operasi kedai cenderamata dan kapal persiarannya.

Sebelum taman tema itu dibuka, seramai 30 pemegang pas tahunan berpakaian kostum Mickey Mouse menunggu di luar pagar masuk dan berbaris dalam kotak kuning yang disediakan bagi menjaga jarak sosial.

Salah seorang pengunjung dikenali sebagai Kaira memberitahu, sebelum ini dia biasanya akan berkunjung ke Disneyland setiap minggu sebagai terapi diri.

"Di sini saya dapat berseronok dan menghilangkan tekanan," katanya.

Eksekutif Disney pada minggu lalu menganggarkan penutupan itu menyebabkan pihaknya mengalami kerugian sebanyak AS$1.4 bilion.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain