suria

Awas! Anda boleh didenda lebih RM300 jika ambil gambar di jalan persendirian di Kyoto, Jepun

Pelancong yang melanggar larangan tersebut akan didenda sebanyak 10,000 yen atau bersamaan dengan RM384.

KYOTO antara sebuah bandar yang wajib dikunjung semasa anda melancong ke Jepun.

Namun tahukah anda Gion, salah sebuah daerah terkenal di Kyoto telah mengenakan larangan mengambil gambar di jalan persendirian berkuatkuasa pada 25 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Simpan hampir sejuta barang tak dituntut termasuk beribu payung... ini yang anda patut tahu tentang budaya Lost & Found di Jepun

ARTIKEL BERKAITAN: Kita patut jadikan contoh... Masyarakat Jepun diangkat pelancong terbaik dunia!

Bagaimana nak tahu sama ada jalan yang kita lalui tu jalan persendirian?

Jangan bimbang terdapat papan tanda memaklumkan larangan itu yang diletakkan pada jalan tersebut.

Gion merupakan lokasi terbaik untuk melihat geisha di Jepun.

Larangan itu dikuatkuasakan kerana kebanyakan pelancong tidak menghormati penduduk di kawasan tersebut apabila mengambil gambar dan merakam video tanpa persetujuan mereka.

Penduduk di daerah tersebut turut mengedarkan buletin kepada pelancong khususnya untuk memaklumkan larangan tersebut.

Larangan itu bukan sahaja bertumpu kepada jalan persendirian tetapi pelancong juga tidak dibenarkan bergambar bersama geisha dan maiko.

Pelancong juga dinasihati supaya menjaga perlakuan mereka sewaktu berada di sekitar kawasan tersebut.

Antara pemandangan menarik di Gion, Kyoto.

Setiap gerak-geri orang ramai akan dipantau menggunakan rakaman kamera litar tertutup.

Sekiranya pengunjung melanggar larangan itu, mereka tidak akan terlepas dan akan dijejaki menggunakan video rakaman tersebut.

Pesalah juga akan didenda 10,000 yen (RM384). Fuh banyak tu! 

Sesiapa yang merancang nak ke Kyoto tu jagalah tingkah laku korang masa kat sana nanti ya.

Kyoto, denda, gambar, jalan persendirian

Artikel Lain