suria

Kita patut jadikan contoh... Masyarakat Jepun diangkat pelancong terbaik dunia!

Masyarakat Jepun diangkat sebagai pelancong terbaik dunia.

MANUSIA ini sifatnya mempunyai pelbagai ragam. Bak kata pepatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Melancong ke luar negara adalah antara kaedah paling baik kerana ia bukan sahaja memberi anda peluang melihat tempat menarik malah mengenali sikap penduduk di sesebuah tempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terlepas pandang etika guna tandas dalam pesawat terutama fakta ke-5 senarai ini

Kalau tidak pun, kita dapat melihat sikap pelancong yang berkunjung ke negara kita. Banyak juga komen-komen diberikan apabila timbulnya sesuatu isu seperti warga Arab bersikap kasar atau pelancong dari China gemar membuat kecoh dan pengotor.

Bagaimanapun, menurut satu kajian yang dilakukan oleh YouGov, masyarakat dari Jepun merupakan pelancong terbaik di dunia! Ya, di dunia!

Analisa ini dibuat berdasarkan kaji selidik terhadap responden daripada 26 negara di Eropah, Asia, Timur Tengah, Australia termasuk Amerika Syarikat.

Malaysia turut meyenangi dengan kehadiran pelancong dari Jepun. 

Kesemua negara tersebut kecuali Itali menobatkan pelancong dari Jepun sebagai sopan selain menghormati budaya dan negara yang mereka lawati.

Malah negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia termasuk Malaysia turut memuji sikap pelancong Jepun berbanding pengunjung dari negara lain.

Lihat sahaja ketika Piala Dunia yang diadakan tahun lalu, penyokong Jepun sama-sama membantu membersihkan sampah selepas perlawanan di sebuah stadium di Rusia.

Ratusan penyokong Jepun tidak meninggalkan stadium walaupun mereka tewas dalam perlawanan tersebut sebaliknya mereka sibuk mengutip sampah.

Tindakan mereka itu mendapat perhatian seluruh dunia sehingga gambar-gambar mereka menjadi viral.

Pelancong, Jepun

Artikel Lain