Wah, berita baik untuk kaki travel... Malaysia Airlines kini dah terbang ke Solo!

Penerbangan baharu Kuala Lumpur-Solo ditawarkan selaras dengan kempen Melawat Malaysia 2020 yang baru dilancarkan. -foto REUTERS

MALAYSIA Airlines melakukan perkhidmatan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Surakarta (Solo), Jawa Tengah, Indonesia menerusi penerbangan MH849 dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soemarmo malam Ahad.

Penerbangan itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 8.30 malam (waktu Malaysia) dan tiba di Solo pada 10 malam (waktu tempatan).

Ketibaan MH849 itu disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zainal Abidin Bakar; Pengarah Pelancongan Malaysia di Indonesia, Roslan Othman; Pengurus Malaysia Airlines bagi Kawasan Indonesia, Muzakir Shah Abdul Rahman; dan Pengurus Besar PT Angkasa Pura I Bandara Adi Soemarmo, Abdullah Usman.

Menurut Zainal Abidin, penerbangan baharu itu selaras dengan kempen Melawat Malaysia 2020 yang baru dilancarkan, yang mempromosi pelancongan sebagai tunggak ekonomi Malaysia.

"Solo, secara tradisional dikenali sebagai Surakarta, merupakan ibu kota diraja bersejarah di Kepulauan Jawa. Laluan ini akan menghasilkan hubungan lebih rapat Indonesia-Malaysia, terutama dalam industri pelancongan masing-masing,” kata beliau.

Malaysia Airlines Bhd melancarkan laluan ke Solo dan Pekanbaru di Indonesia pada Rabu (18 Sept) dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL, sebagai memenuhi permintaan meningkat bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Indonesia.

Muzakir Shah berkata ia akan melakukan penerbangan dua kali seminggu menggunakan pesawat B737-800 ke dua bandaraya Indonesia itu, masing-masing merupakan destinasi kelima dan keenam syarikat penerbangan itu di Indonesia.

Penerbangan ke Solo berlepas dari Kuala Lumpur pada 8:30 malam dan tiba pada 10 malam pada hari yang sama. Penerbangan balik berlepas dari Solo pada 11:15 malam dan tiba di Kuala Lumpur pada 2:55 pagi hari berikutnya.

Sementara itu, penerbangan ke Pekanbaru berlepas dari Kuala Lumpur pada 7:50 malam dan tiba di Pekanbaru pada 7:55 malam hari yang sama.

Penerbangan balik berlepas dari Pekanbaru pada 8:55 malam hari yang sama dan tiba di Kuala Lumpur pada 11:05 malam hari yang sama.

(masa berlepas dan ketibaan adalah mengikuti waktu tempatan). -Bernama

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain