suria

India pertimbang 14 hari tanpa visa untuk rakyat Malaysia

PUTRAJAYA: India sedang membuat pertimbangan untuk memberi kemudahan 14 hari tanpa visa untuk sekali masuk kepada rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke negara itu, kata Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran, Khamis.

Kula Segaran berkata beliau mencadangkan perkara itu ketika pertemuannya dengan Menteri Hal Ehwal Luar India Sushma Swaraj ketika melawat New Delhi minggu lepas.

Dalam satu kenyataan pada Khamis beliau berkata Swaraj telah bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan tersebut dan akan memaklumkan kepada Malaysia sebaik sahaja mereka membuat keputusan terhadap permintaan itu.

"Saya menimbulkan soal itu ekoran kenaikan bayaran visa yang dikenakan oleh kerajaan India pada 1 Julai lepas, di mana ramai rakyat Malaysia yang kerap ke India bagi mengunjungi kuil bersejarah atau atas sebab keagamaan merasakan terbeban dengan kenaikan itu dan terpaksa membatalkan lawatan mereka.

"Kadar eVisa India telah dinaikkan daripada RM200 kepada RM320 bagi tempoh empat bulan manakala kadar visa di kaunter ialah RM462.56 (tidak termasuk caj perkhidmatan) untuk tempoh setahun."

visa India, rakyat Malaysia

Artikel Lain