suria

Ini 10 taman rekreasi boleh diakses guna LRT, MRT... Tiada lagi alasan trafik sesak malas nak keluar beriadah

Menggunakan pengangkutan awam lebih menyenangkan untuk ke taman rekreasi sekitar KL dan Lembah Klang.

MEMBAYANGKAN kesesakan lalu lintas di ibu kota sahaja sudah cukup memenatkan.

Jadi ramai dalam kalangan kita lebih rela meluangkan masa di rumah masing-masing berbanding melakukan aktiviti di luar pada hari cuti.

Sedangkan, mengisi masa lapang dengan mengambil 'angin luar' dapat mengurangkan tekanan setelah penat bekerja.

Sebenarnya terdapat satu kaedah dikongsikan di laman X tentang bagaimana anda dapat beriadah di taman rekreasi pada hari cuti dengan mudah, yang penting masa dan wang.

Terdapat 10 taman rekreaksi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang boleh dikunjungi dengan hanya menggunakan pengangkutan awam sahaja.

Ramai pilih untuk berehat di rumah pada hari cuti kerana mahu elak kesesakan lalu lintas.

1. KLCC (Kuala Lumpur Convention Centre) Park

Anda boleh menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) ke stesen KLCC dan berjalan kaki ke KLCC Park.

2. Perdana Botanical Garden

Taman rekreasi ini boleh dilawati dengan menaiki Mass Rapid Transit (MRT) dan turun di Stesen MRT Muzium Negara.

3. Taman Rimba Kiara

Taman ini boleh dikunjungi dengan berhenti di Stesen MRT TTDI. Kemudian anda hanya perlu berjalan melalui Gate B selama 10 minit untuk ke taman.

4. Taman Bandaran Kelana Jaya

Anda boleh turun di Stesen LRT Glenmarie untuk berkunjung ke taman rekreasi popular di Kelana Jaya ini.

5. Taman Tasik Titiwangsa

Taman rekreasi popular dalam kalangan warga kota ini boleh dilawati dengan menaiki MRT dan turun di Stesen Hospital Kuala Lumpur.

Gunakan pintu Gate B dan berjalan selama 10 minit untuk tiba ke destinasi.

6. Taman Jaya

Anda hanya perlu turun di Stesen LRT Taman Jaya dan berjalan melalui Lorong Sultan selama 10 minit untuk tiba di taman berkenaan.

Kebanyakan taman rekreasi boleh diakses menggunakan pengangkutan awam sahaja.

7. Taman Aman

Gunakan LRT dan turun di Stesen Taman Paramount. Kemudian, anda perlu berjalan kaki kurang dari tiga minit melalui susur keluar Jalan 21/1.

8. UM (Universiti Malaya) Varsity Lake

Taman ini boleh diakses dengan LRT dan pengangkutan awam, bas. Anda boleh berhenti di Stesen Gerbang Universiti-KL dan menaiki bas RapidKL T789.

Kemudian berhenti di Fakulti Undang-undang, Fakulti Kejuruteraan atau Perpustakaan UM dan teruskan berjalan sehingga tiba ke destinasi.

9. Taman Eko-Rimba KL

Taman ini kebanyakannya boleh diakses dengan bas. Anda boleh menaiki GOKL Purple Line dari Pasar Seni ke Menara Olympia.

Sebagai alternatif, anda boleh berjalan kaki selama 20 minit dari Monorel Bukit Nanas atau LRT Dang Wangi ke pintu masuk.

10. The Central Park, Desa Parkcity

Taman ini boleh diakses dengan bas. Anda perlu menaiki T109 dari Sri Damansara Sentral dan berhenti di hadapan pusat beli belah, The Waterfront.

Dari sini,anda boleh ke taman rekreasi dengan berjalan kaki selama 5 minit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain