suria

Cara paling ‘cool’ elak soalan panas ‘bila nak kahwin’ di musim raya... Jom ‘raya-vacay’ di Pulau Mantanani

Pualu Mantanani merupakan destinasi menarik untuk bercuti bersama keluarga.

KESESAKAN di lebuh raya ketika perjalanan pulang ke kampung, mendengar lagu raya di dalam kereta bersama keluarga merupakan suasana paling ditunggu-tunggu menjelang Aidilfitri.

Tetapi ada perkara yang kita tidak berapa gemar ialah soalan kepada yang masih belum berpunya iaitu bila nak kahwin atau pertanyaan peribadi lain yang diajukan saudara-mara.

Apa kata kali ini kita jimatkan masa daripada terus mencari pelbagai jawapan dengan pergi bercuti di musim perayaan (raya vacation) di Pulau Mantanani, Sabah.

Nikmati keindahan air laut ketika bercuti di Pulau Mantanani.

Tempoh perjalanan lebih singkat

Perjalanan ke Jeti Kota Belud mengambil masa satu jam sahaja dari bandar Kota Kinabalu.

Anda hanya perlu menempah kenderaan di kaunter JSK Mantanani Island Resort di Terminal Feri Jesselton Kota Kinabalu.

Dari situ anda akan dibawa ke Terminal Jeti Rampayan Kota Belud dan seterusnya meneruskan perjalanan dengan bot laju yang akan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Air laut yang jernih nan biru menyambut kedatangan anda

Setibanya di Pulau Mantanani, anda bakal disambut dengan pemandangan air laut yang kebiruan serta kakitangan resort yang murah dengan senyuman.

Hati anda bukan berdebar-debar kerana soalan daripada saudara-mara tetapi kerana keseronokan melihat keindahan alam.

Untuk ke villa, anda akan di bawa menaiki kenderaan ‘buggy’ dengan hanya perlu mendaftar di lobi utama terlebih dahulu.

Pelbagai aktiviti disediakan di Pulau Mantanani.

Pilihan aktiviti yang pelbagai

Bukan pilihan jodoh, tetapi pilihan aktiviti dan vila yang boleh anda duduki.

JSK Mantanani Island Resort menyediakan empat jenis vila iaitu Deluxe Rooms, Garden View Villa, Sea View Villa and Premium Sea View Villa dengan harga bermula daripada RM920 ke RM1,560.

Malah terdapat juga pelbagai aktiviti sukan air seperti berkayak, menyelam serta snorkeling.

Tetapi sekiranya aktiviti sukan bukan kegemaran anda, terdapat ruang karaoke, aktiviti berbasikal, atau bersantai di ruang sports bar.

Terdapat pelbagai jenis bilik ditawarkan oleh resort mengikut keselesaan anda.

Jika bertuah, mungkin anda berpeluang menyaksikan fenomena air mata biru dan bukan air mata sendiri apabila ditanya soalan 'pedas' oleh saudara-mara.

Ia merupakan fenomena di mana alga dipersisiran pantai mengeluarkan cahaya biru yang amat terang pada waktu malam.

Untuk makluman, JSK Mantanani Island Resort sedang membuat pakej promosi, santai-santai staycation untuk tiga hari dua malam.

Jadi tunggu apa lagi, buatlah perancangan rayavacay anda ke sana, siapa tahu mungkin jodoh yang ditanya menanti anda di Pulau Mantanani.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web JSK Mantani Resorts bagi melihat segala pakej ditawarkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain