SEBUAH agensi pelancongan dalam talian yang berpangkalan di Kanada, FlightNetwork, meminta lebih daripada 600 profesional industri pelancongan termasuk wartawan, editor, blogger dan agensi untuk memberikan pendapat jujur mereka bagi mendapatkan senarai terkini dan tepat untuk membantu pelancong merancang perjalanan mereka, tahun depan.
Oleh itu, jika anda pencinta pasir putih pantai, gemar melihat pohon nyiur melambai-lambai dan tenang memandang lautan biru, senarai ini mungkin boleh membantu anda membuat perancangan percutian pantai seterusnya.
Lucky Bay, Australia. -fotoFlightNetwork
Jika negara Asia dalam perancangan, Maya Bay di Thailand berada di kedudukan terbaik iaitu pada ranking ke-11, diikuti pantai El Nido di Filipina (ke-14) dan pantai Ao Nang di Krabi, juga di Thailand (ke-45).
Bagaimanapun, terdapat beberapa pantai di Australia turut tersenarai dalam carta ini.
Berikut adalah senarai 50 pantai terbaik yang dipilih.
1- Grace Bay, Kepulauan Turks & Caicos
2- Whitehaven Beach, Australia
3- Anse Lazio, Seychelles
4- Pink Sands Beach, Bahamas
5- Navagio Beach, Greece
6- Baia Dos Porcos, Brazil
7- Playa Paraiso, Mexico
8- Hyams Beach, Australia
9- Hidden Beach, Mexico
10- Trunk Bay, Kepulauan Virgin AS
11- Maya Bay, Thailand
12- Pig Beach, Bahamas
13- Blue Lagoon, Fiji
14- El Nido, Filipina
15- Muri Beach, Kepulauan Cook
16- Saltwhistle Bay, St.Vincent & Grenadines
17- Halfmoon Bay, Antigua
18- Lucky Bay, Australia
19- Flamenco Beach, Puerto Rico
20- Reynisfjara Beach, Iceland
21- Ile aux Cerfs, Mauritius
22- Fulhadhoo Beach, Maldives
23- Vaeroy, Norway
24- Caya Coco, Cuba
25- Seven Mile Beach, Pulau Cayman
26- Anse Source d'Argent, Seychelles
27- Horseshoe Bay, Bermuda
28- Honokalani Beach, USA
29- Turquoise Bay, Australia
30- Elafonissi Beach, Greece
31- Champagne Beach, Vanuata
32- Tunnels Beach, USA
33- Kaputas Beach, Turki
34- Dhigurah Island, Maldives
35- Ile aux Nattes, Madagascar
36- Cala Goloroitze, Itali
37- Los Roques, Venezuela
38- Long Beach, Kanada
39- Grand Anse, Grenada
40- Boulders Beach, Afrika Selatan
41- Lanikai Beach, USA
42- Cala Mitjana, Sepanyol
43- Shoal Bay, Anguilla
44- One Foot Island, Pulau Cook
45- Ao Nang, Thailand
46- Radhanagar Beach, India
47- Eagle Beach, Aruba
48- Agiba Beach, Egypt
49- Diani Beach, Kenya
50- Cannon Beach, USA
-sumber/foto flightnetwork.com


