'Ke Sana Ke Sini Ke Sunway'... taman tema, mall dan hotel dah dibuka semula, apa tunggu lagi!

Sunway Taman Tema, Buka, 4 Julai, Diskaun, Kempen

DALAM usaha merangsang pelancongan domestik, Sunway Berhad (Sunway) akan melancarkan kempen ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway’ pada 6 Julai ini yang menawarkan pakej pelancongan di Sunway City Kuala Lumpur dengan diskaun 70 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls dan Taman Tema, HC Chan berkata, kempen itu bertepatan pada waktu memandangkan Taman Tema Sunway Lagoon akan dibuka semula kepada orang ramai pada 4 Julai.

Jelasnya, Malaysia berjaya mengharungi pandemik Covid-19 hasil kerjasama semua rakyat Malaysia dalam membendung penularan jangkitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tenang! Udara segar, promosi tahap 'rugi' Gopeng Glamping Park pilihan bercuti berbaloi!

"Sebagai tanda sokongan, Sunway menawarkan pakej menarik untuk berehat dan mencergaskan semula diri. Sebagai antara pemain industri pelancongan utama, kami juga perlu memainkan peranan kami untuk memulakan semula pelancongan dalam negara," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kempen itu juga seiring dengan usaha kerajaan untuk menghidupkan semula industri menerusi pengumuman insentif pelepasan cukai RM1,000 bagi pelancongan domestik.



Pelanggan boleh membeli pakej ini bermula 6 hingga 20 Julai dan menggunakannya untuk melawat Sunway City Kuala Lumpur dari 7 Julai hingga 31 Oktober.

Pada kadar RM499, pakej ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway’ merangkumi penginapan dua malam di Hotel Sunway Pyramid dan tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak berserta baucar tunai Sunway Pyramid bernilai RM200.

"Nilai asal pakej ini ialah RM1,599. Pelanggan boleh membeli pakej ini bermula 6 hingga 20 Julai dan menggunakannya untuk melawat Sunway City Kuala Lumpur dari 7 Julai hingga 31 Oktober," katanya.

Chan juga berkata Sunway turut mengutamakan kebersihan dan keselamatan dan melaksanakan langkah-langkah ketat di seluruh premis bagi melindungi pekerja, pelawat dan masyarakat.



Pakej termasuk penginapan di Hotel Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon.

“Semua premis Sunway merangkumi Sunway Pyramid, Sunway Lagoon, Sunway Hotels dan lain-lain di perbandaran ini mengguna pakai amalan dan dasar kebersihan dan keselamatan yang ketat.

"Protokol yang dilaksanakan adalah selaras dengan syor Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia," tambahnya. -Bernama



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain