suria

Awas! 'Scammer' ada di mana-mana... elak guna pengecas telefon bimbit awam

Elakkan mengecas telefon bimbit anda di ruang yang disediakan sama ada di lapangan terbang atau di pusat membeli-belah.

SEMENTARA menunggu waktu pelepasan di lapangan terbang misalnya, telefon bimbit sentiasa menjadi teman setia.

Bagi seseorang yang peka dengan tahap penggunaan telefon bimbit sendiri, sudah tentu sedia dengan 'power bank' bagi memastikan ianya terus berfungsi.

Dalam masa sama, sudah menjadi rutin melihat seseorang itu duduk bersila di tepi dinding atau lokasi pengecas telefon yang disediakan di lapangan terbang untuk mengecas telefon bimbit.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang kembali melancong? Ini yang perlu fikir dan buat sebagai persediaan awal

Namun tahukah anda, risiko yang anda hadapi jika menggunakan 'plug point' awam yang disediakan itu?

Menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat, anda sebenarnya telah mendedah data peribadi secara tidak langsung ketika menggunakan kemudahan itu.

Lebih malang lagi, butir-butir peribadi terutamanya akaun bank dapat diketahui oleh kaki 'scammer'.

Jelas Timbalan Peguam Daerah Los Angeles Luka Sisak: "Ketika berada di luar dan telefon bimbit kehabisan bateri, anda akan menggunakan kemudahan pengecas awam di lapangan terbang atau pusat membeli belah.



Mengecas telefon bimbit menggunakan pengecas awam menyebabkan anda terdedah dengan risiko jenayah.

"Tetapi perlu diingatkan bahawa, kemudahan percuma itu akan membuatkan jumlah duit dalam akaun bank anda berkurangan.

"Penipuan pengecas USB atau dikenali 'juice jacking' boleh memuat naik perisian hasad (malware) ke stesen pengecas atau kabel yang ditinggalkan di kiosk.

"Sebaik sahaja anda menyambungnya, telefon bimbit itu akan 'dijangkiti' dan dalam tempoh seminit ketika mengecas, perisian hasad itu akan mengunci peranti.

"Ia juga boleh menghantar segala bentuk maklumat secara terus kepada penjenayah," jelasnya.

Bagi menghindari menjadi mangsa scam ini, Sisak menasihati supaya setiap orang membawa pengecas tambahan sendiri. - Dailystar.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain