suria

Kajian dedah 217 destinasi dunia laksana sekatan perjalanan akibat Covid-19

Sebanyak 30 peratus destinasi telah ditutup kepada pelancong.

KAJIAN dilaksanakan oleh Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) mendapati terdapat 217 destinasi yang tidak dibenarkan.

Malah UNWTO memberitahu sekatan pelancongan antarabangsa ini merupakan yang terburuk dalam sejarah.

Kajian itu juga menunjukkan 83 peratus destinasi yang mempunyai kaitan dengan wabak koronavirus dan disekat selama empat minggu atau lebih, malah sehingga kini masih belum dibuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Disney World dijangka tutup sehingga 2021

Kajian UNWTO menguraikan jenis sekatan yang telah diberlaku di seluruh dunia dan merancang evolusi ini sejak 30 Januari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai keadaan kecemasan kesihatan awam yang menjadi perhatian antarabangsa.



Sebahagian daripada sempadan terus ditutup kepada pelancong.

Analisis menunjukkan bahawa 45 peratus destinasi telah ditutup sepenuhnya atau sebahagian sempadan mereka kepada pelancong.

Sementara itu, 30 peratus destinasi telah menghentikan penerbangan antarabangsa secara keseluruhan atau sebahagian.

Lapan belas peratus destinasi telah melarang kemasukan penumpang dari negara asal atau penumpang yang telah transit melalui destinasi tertentu.

Manakala tujuh peratus destinasi telah menggunakan langkah-langkah lain seperti kuarantin atau isolasi diri selama 14 hari atau tempoh visa yang berbeza bagi ketibaan baharu.

Kini UNWTO sedang sedang berusaha menggesa pemimpin di seluruh dunia untuk sama-sama memberi komitmen untuk menyokong pelancongan melalui cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini. -Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kajian, 217 destinasi, UNWTO, Covid-19

Artikel Lain