suria

Rancang kembali melancong? Ini yang perlu fikir dan buat sebagai persediaan awal

Rancang dan buat kajian sebelum melancong mengikut situasi semasa.

PENULARAN pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar dalam setiap langkah kehidupan manusia tahun ini.

Rancangan melancong yang dirancang sejak sekian lama terpaksa dibatalkan memandangkan situasi membahayakan kesihatan di majoriti negara seluruh dunia yang mengambil langkah menyekat pintu masuk masing-masing.

Kesimpulannya, tahun ini bukanlah tempoh yang sesuai untuk anda merancang pergi melancong sekali gus anda perlu 'pangkah' kalender travel 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik buat pendaki! Gunung Kinabalu dibuka semula bermula Sabtu tapi ada syaratnya

Namun jangan sedih atau stres tak dapat melancong memandangkan dalam tempoh sekarang sehingga hujung tahun ini anda boleh mulakan langkah bijak membuat bajet sendiri untuk misi seterusnya.

Harga tiket dijangka melambung

Dengan berapa protokol keselamatan kesihatan diperketatkan di dalam pesawat iaitu penjarakkan sosial menjadikan jumlah penumpang mungkin dihadkan. Oleh itu, dijangka harga tiket berbeza daripada biasa.



Buat perancangan sebelum pergi melancong. Foto: Getty Image.

Dengan keadaan itu, pilihlah untuk tidak terus menempah tiket penerbangan atau mengambil sikap 'tunggu dulu' dan jangan terburu-buru. Mungkin destinasi yang anda tuju itu ada menyediakan kemudahan perjalanan lain seperti menaiki kapal, bas atau kereta api dari satu destinasi ke tempat yang lain.

Destinasi dan tujuan

Apa kata anda memilih lokasi pelancongan yang tidak terlalu padat dengan pelancong lain. Seperti contoh, elakkan memilih bercuti ke Paris atau Florida, sebalik pergilah ke tempat yang boleh menjimatkan tetapi tetap menarik! Paling penting selidik dulu latar belakang Covid-19 destinasi yang ingin dituju itu.

Mula menabung



Mulakan menabung sepanjang tempoh penularan Covid-19 ini. Foto: Getty Image.

Dengan situasi kesihatan yang tidak menentui, apa kata anda ketepikan dahulu memeriksa harga tiket, sebaliknya mula menabung. 'Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit' dan anda tidak perlu risau dengan bajet untuk memilih lokasi travel selepas ini. Malah tempoh panjang tanpa holiday ini juga boleh memberi masa untuk anda merancang ke lokasi yang lebih baik.

Buat perbandingan

Pastikan sebelum menempah sebarang tiket atau hotel, bandingkan harga-harga tersebut dengan beberapa laman sesawang yang berbeza. Ia boleh membantu anda menjimatkan wang. Terdapat banyak halaman pelancongan yang menarik dikongsi, cuma anda perlu bijak memilihnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tip, kembali, Travel, menabung

Artikel Lain