Tenang! Udara segar, promosi tahap 'rugi' Gopeng Glamping Park pilihan bercuti berbaloi!

Pemandangan waktu malam di Glamping Gopeng Park.

SETIAP orang mempunyai minat berbeza-beza untuk menenangkan fikiran atau melepas penat dengan rutin harian yang tidak pernah habis.

Tambahan pula, sebelum ini hampir tiga bulan lebih tersekat dengan pelbagai aktiviti riadah mahupun pergi bercuti di hujung minggu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun, sejak 10 Jun lalu, semua perintah itu sudah dilonggarkan dan paling menggembirakan adalah kita semua sudah boleh mula pergi bercuti ke destinasi menarik dalam negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Yay! Legoland Malaysia Resort dah dibuka semula, pilih saja pakej sesuai

Bagi yang sudah bosan dengan 'kehidupan terbatas' sebelum ini, pengumuman kelonggaran yang diumumkan kerajaan baru-baru-baru dianggap sebagai 'nafas baharu' untuk menghilangkan gian bercuti.



Ruang rehat yang amat selesa.

Jangan salah sangka, pergi bercuti tidak semestinya ke tempat mewah, cukup dengan bajet anda, ianya sudah cukup.

Apa kata kali ini kita cuba menghirup udara lebih segar dan tenang di luar kota dengan berkunjung ke Gopeng Glamping Park.

Menurut Pengurus Gopeng Glamping Park, Reduan Jamaluddin operasi taman rehat ini sudah mula dibuka sebaik sahaja mendapat lampu hijau daripada kerajaan.



Glamping Gopeng Park menjadi pilihan pengunjung untuk berehat di hujung minggu.

"Sebaik sahaja pengumuman pusat percutian boleh dibuka, kami menerima banyak pertanyaan.

"Selain itu tempahan mula dibuat sebaik sahaja kami membuat promosi harga kepada pengunjung.

"Alhamdullilah setiap hujung minggu, tempahan sudah penuh sehingga 12 Julai ini.

"Kami juga terpaksa mengehadkan kapasiti kehadiran pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan," jelasnya kepada mStar.



Kawasan santai yang selesa menghabiskan masa bersama keluarga.

Promosi mengenang jasa fronliners

Bagi mengenangkan jasa semua fronliners yang telah berkorban memulihkan situasi kesihatan Malaysia, Gopeng Glamping Park yang mula beroperasi pada Ogos 2018 memberi promosi 'paling rugi' untuk semua pengunjung.

"Potongan harga promosi sebanyak 50 peratus. Hanya ini sahaja yang kami dapat lakukan sebagai tanda penghargaan kepada semua fronliners.

"Dengan SOP baharu kami di sini, dan permintaan ramai kami adakan satu promosi terhad untuk 100 booking pertama sahaja."



Pertunjukan istimewa diadakan setiap Sabtu malam.

Semua percuma

Apa yang menarik di sini, pakej harga yang ditawarkan termasuklah dengan makan, tempat tinggal dan aktiviti-aktiviti dalam Gopeng Glamping Park.

"Tetapi jika anda ingin mencuba aktiviti lasak di luar taman ini seperti 'water rafting', 'hiking' atau melawat gula, ia tertakhluk kepada harga yang lain.

"Cuma di tempat kami ini, anda hanya sekali bayar dan termasuk semua," tambahnya.



Pelbagai makanan enak turut disediakan kepada tetamu di Glamping Gopeng Park.

Selain merehatkan minda sambil mendengar alunan sungai berdekatan, anda juga boleh menjamu selera dari kafe yang disediakan dengan pelbagai hidangan menarik.

Malah pada waktu malam juga, pertunjukkan api dan 'live band' turut disediakan hanya untuk Sabtu malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Gopeng Glamping Park, Perak, Travel

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain