Yay! Legoland Malaysia Resort dah dibuka semula, pilih saja pakej sesuai

Legoland Malaysia Resort dibuka semula kepada orang ramai pada 25 Jun ini.

LEGOLAND Malaysia Resort mengumumkan bakal membuka kembali pintu taman tema itu kepada orang ramai bermula 25 Jun ini.

Rancangan pembukaan semula itu selaras dengan garis panduan dikeluarkan kerajaan seperti protokol kesihatan, kebersihan dan keselamatan di Taman Tema Legoland dan Hotel Legoland.

Bagaimanapun, buat masa ini, Legoland Water Park akan terus ditutup buat sementara waktu bagi mematuhi arahan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu angin pantai, dapat pula pelepasan cukai... Port Dickson kembali ceria dengan kehadiran pengunjung

"Di Legoland Malaysia Resort, kami telah merancang dan membuat persiapan bagi mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke sini.

"Pelbagai promosi dan pakej menarik ditawarkan bersesuaian dengan bajet percutian mereka," kata Pengarah Bahagian di Legoland Malaysia Resort, C. S. Lim.



Hotel Legoland juga menawarkan pelbagai tawaran menarik.

Lim memberitahu pihaknya berharap dengan pengenalan beberapa protokol bagi menjamin keselamatan pengunjung, mereka akan berasa yakin dan selamat sepanjang berada di sana.

Menjadi harapan pihaknya kata Lim, agar semua pengunjung dapat merasai pengalaman menyeronokkan dan menghiburkan ketika berada di Legoland.

Bagi memastikan hasrat ini terpacapai, Legoland memperkenalkan kemudahan, proses dan tenaga kerja baharu sesuai dengan protokol dan prosedur keselamatan termasuklah;

1. Penjarakkan sosial dan kawalan pengunjung

2. Menghadkan kapasiti kepada 30 peratus daripada operasi biasa

3. Pengambilan suhu dan pendaftaran tetamu

4. Protokol kebersihan dan pembasmian kuman

5. Rejim pembersihan dipertingkatkan



Pelbagai aktiviti menarik di Legoland.

Lim memberitahu sepanjang penutupan Legoland sebelum ini, pasukannya telah memastikan untuk membersihkan dan menyelenggara semua peralatan dan kelengkapan mengikut protokol kesihatan dan keselamatan.

Sementara itu, Legoland juga mengumumkan pelbagai tawaran menarik dan fleksibel di mana pengunjung boleh membuat tempahan awal dan merancang percutian mereka.

Promosi disertakan dengan jangka masa lanjutan daripada pakej biasa dan ini adalah sebahagian usaha Legoland untuk menghidupkan kembali industri pelancongan. Tawaran dan promosi itu merangkumi;

1. Lanjutan 3 bulan untuk semua Pas Tahunan - Pas yang telah tamat atau akan berakhir antara Februari - Disember 2020

2. Pembaharuan Pas Tahunan Masa Terhad - Pas Tahunan yang diperbaharui mulai sekarang dan seterusnya akan sah sehingga Disember 2021

3. Tempahan Hotel Percuma Masa Terhad - Tempah 1 malam dan dapatkan malam ke-2 secara percuma

4. Akses Taman Tema Percuma Masa Terhad - Beli tiket 1 Hari dan dapatkan tiket ke-2 secara percuma

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain