suria

Balai Seni Negara dibuka semula, hadkan hanya 30 pengunjung di 2 galeri

Balai Seni Negara dibuka semula kepada orang ramai selepas tiga bulan ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

BALAI Seni Negara mula dibuka Selasa lalu selepas ditutup kepada umum selama tiga bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Bersempena pembukaan semula itu, dua pameran diadakan kepada orang awam dengan pelaksanaa SOP yang ketat untuk menjamin keselamatan dan kesihatan awam.

Kedua-dua pameran itu diadakan di tingkat pertama Balai Seni Negara iaitu Galeri Tun Razak - di mana 37 karya seni dari koleksi tetap galeri itu dipaparkan dalam bentuk media baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tenang! Udara segar, promosi tahap 'rugi' Gopeng Glamping Park pilihan bercuti berbaloi!

Manakala di Galeri Potret menempatkan karya solo Anthony Chan berjudul From My World To Yours.



Pengunjung perlu mengisi maklumat peribadi dan diambil suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

From My World To Yours akan dipamerkan kepada orang ramai sehingga 6 September manakala pameran di Galeri Tun Razak sehingga akhir tahun ini.

Bagaimanapun setakat ini, Balai Seni Negara hanya menghadkan 30 pengunjung pada satu-satu masa dan akan dibahagi di antara Galeri Tun Razak (20 pengunjung) dan Galeri Potret (10 pengunjung).

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke galeri.

Ketika ini, Balai Seni Neara dibuka dari pukul 10 pagi hingga 4 petang (Selasa hingga Ahad).

Hanya mereka yang berumur di antara 14 hingga 60 tahun sahaja dibenarkan masuk. Pengunjung digalakkan memakai topeng dan mengamalkan jarak sosial pada setiap masa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain