Sean Yee Wajar Diberi Peluang Beraksi Pada Sukan Sea 2017 - Sukan SEA 2017 | mStar

Sean Yee Wajar Diberi Peluang Beraksi Pada Sukan Sea 2017

KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin berpendapat ratu lompat tinggi negara, Yap Sean Yee wajar diberikan peluang beraksi pada temasya dwitahunan itu.

Marina berkata berdasarkan faktor umur dan prestasi terkini, beliau percaya atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mampu menyumbangkan pingat kepada negara disamping mendapat pengalaman berharga. 

"Dia (Sean Yee) seorang atlet muda dan berpotensi, oleh itu saya rasa dia perlu diberikan peluang beraksi pada Sukan SEA nanti. 

"Walaupun peluang meraih emas itu agak tipis, tetapi penyertaan dia itu tidak mustahil mampu menghadiahkan pingat kepada negara serta pengalaman itu dapat digunakan bagi meningkatkan lagi prestasinya di masa hadapan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan skuad hoki wanita dan hoki dalam dewan di Jungle Gym, Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil, Selasa.

Sean Yee, 22, sebelum ini membuat kejutan apabila mencatat lompatan 1.81 meter pada percubaan pertama sewaktu beraksi pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) 2017 di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, Ahad lepas.


Lompatan yang dilakukan atlet pelapis kebangsaan itu sekali gus memadam rekod kebangsaan 1.79m bagi acara lompat tinggi wanita yang dilakarnya pada Kejohanan Terbuka Pahang 2015.

Terdahulu, Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Kebangsaan, Zainal Abas melihat kejayaan Sean Yee itu mampu mencerahkan peluang atlet berkenaan untuk diserapkan ke dalam Program Kita Juara.   

Program Kita Juara merupakan sebuah program khas MSN bagi menyediakan atletuntuk mencapai sasaran muncul juara keseluruhan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bermula dari 19 hingga 31 Ogos ini. -Bernama

Yap Sean Yee , Lompat Tinggi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain