suria

Mesin basuh ibu cetus inspirasi, Usain Bolt kekal manusia terpantas di muka bumi

Mesin basuh jadi dorongan Usain Bolt untuk berjaya sekali gus menjadi manusia terpantas di muka bumi. — AGENSI

USAI temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirainya kelmarin, namun status sebagai manusia terpantas di muka bumi masih kekal menjadi milik pelari pecut Jamaica, Usain Bolt.

Selepas membuat keputusan untuk bersara selepas tamat Kejohanan Dunia pada 2017 gara-gara kecederaan hamstring, masih belum ada pelari lain di dunia yang dapat memecahkan rekod dunia yang dipegang Bolt dalam acara riben biru 100 meter dan juga 200 meter.

Bolt menjadi perhatian dunia selepas memenangi tiga pingat emas dan memecahkan dua rekod dunia di sukan Olimpik Beijing 2008.

Digelar Lightning Bolt dalam kalangan peminat, dia muncul manusia terpantas di dunia dengan catatan terbaiknya iaitu 9.58 saat dalam acara 100 meter ketika Kejohanan Atlet Dunia IAAF 2009 di Berlin, Jerman.

Tidak cukup dengan itu, Bolt juga memecahkan rekod dunia untuk acara 200 meter sebanyak kali iaitu pada catatan masa 19.30 saat pada 2008 dan juga 19.19 saat pada 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar buat pilihan, namun Usain Bolt lebih kagumi Ronaldo daripada Messi

ARTIKEL BERKAITAN: Usain Bolt kongsi gambar pertama puteri sulung... nama diberi cukup unik!

Sudah tentu, menjadi manusia terpantas dunia bukanlah satu perkara mudah malah memerlukan usaha, komitmen dan motivasi yang tinggi.

Menurut Bolt, motivasi paling kuat buat dirinya menjadi jaguh sukan olahraga tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membelikan ibunya sebuah mesin basuh.

"Di situ saya bermula, segala-galanya untuk membantu ibu bapa saya. Ibu saya selalu membasuh baju dan apabila selesai melakukannya, jarinya kadang kala akan melecet.

"Jadi saya mahu membelikan ibu saya sebuah mesin basuh," kata Bolt dalam satu wawancaranya sebelum ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bolt memberitahu, jangkaan menggunung rakyat negara kelahirannya iaitu Jamaica yang mahu dia berjaya adalah motivasi seterusnya buat beliau.

Ini kerana jelasnya, sukan olahraga bagi Jamaica adalah sama seperti bola sepak untuk rakyat Brazil dan beban seluruh negara sememangnya bergantung kepada dirinya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Usain Bolt, mesin basuh

Artikel Lain