suria

Jom kenali Alisha Lehmann, penyerang jelita yang memiliki 3.8 juta pengikut Instagram

ALISHA Lehmann mula mencuri tumpuan peminat selepas melakukan debut bersama skuad bola sepak wanita Switzerland pada 2017.— INSTAGRAM.

KEHIDUPAN peribadi penyerang berbisa skuad bola sepak wanita Aston Villa, Alisha Lehmann sebagai model dan instafamous tidak sedikitpun menjejaskan prestasinya atas padang.

Membuat debut bersama skuad wanita Switzerland pada 2017, Lehmann mula mencuri tumpuan khalayak selepas muncul penjaring terbanyak Kejohanan Bola Sepak Wanita Bawah 19 Tahun (B-19) UEFA setahun kemudian.

Selain dianggap sebagai pemain yang versatil di atas padang, Lehmann juga menjadi tumpuan ramai kerana rupa parasnya yang cantik.

Pada masa sama, wanita jelita berusia 22 tahun itu turut aktif di media sosial terutamanya Instagram dan memiliki kira-kira 3.8 juta pengikut di platform tersebut.

KEHIDUPAN peribadi Alisha Lehmann tidak sedikitpun menganggu konsentrasinya atas padang. — AGENSI.

KEHIDUPAN peribadi Alisha Lehmann tidak sedikitpun menganggu konsentrasinya atas padang. — AGENSI.

Lehmann mula meminati bola sepak sejak dia berusia lima tahun lagi dan mula bermain untuk akademi remaja FC Konolfingen sebelum berpindah ke pasukan BSC YB Frauen pada 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjaga gol Aston Villa lalui detik cemas sukar bernafas, alami simptom Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu teruja, penyokong England terjatuh ketika dapatkan jersi Grealish

Prestasi memberangsangkan dipamerkan oleh Lehmann ketika kejohanan UEFA B-19 pada 2018 juga berjaya memukau pengurus bola sepak West Ham ketika itu, Matt Beard.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lehmann merupakan penjaring terbanyak kejohanan berkenaan apabila berkongsi dua gol bersama Dajan Hashemi (Denmark), Paulina Krumbigiel (Jerman), Lynn Wilms (Belanda), Olga Carmona (Sepanyol) dan Geraldine Reuteler (Switzerland).

FIGURA ini memiliki lebih 3.8 juta pengikut di Instagram. — INSTAGRAM.

FIGURA ini memiliki lebih 3.8 juta pengikut di Instagram dan dinobatkan sebagai antara pemain bola sepak paling terhangat bagi tahun ini. — INSTAGRAM.

Ketika menyarung jersi The Hammers, Lehmann membuat 42 penampilan serta menjaringkan sembilan gol dalam tempoh tiga tahun bersama pasukan itu.

Dia kemudiannya dipinjamkan ke Everton sehingga akhir musim pada 7 Januari lepas.

Begitupun, Lehmann gagal mendapat tempat apabila sekadar mencetak satu gol sepanjang tujuh penampilannya bersama The Toffees sebelum membuat pengumuman berhijrah menyertai Aston Villa pada musim baharu nanti.

Menurut laman athleticbuild.com, Lehmann dinobat sebagai antara pemain bola sepak paling terhangat bagi tahun ini.

Maka tidak hairanlah, wajah Lehmann kini dilihat sering menghiasi portal fesyen antarabangsa apabila dilaporkan mula berjinak-jinak sebagai model sambilan.

Dia juga cukup popular di laman sosial kerana sering memuat naik aktiviti harian serta video di TikTok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

atlet, cantik

Artikel Lain