suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjaga gol Aston Villa lalui detik cemas sukar bernafas, alami simptom Covid-19

Pepe Reina melalui detik cemas apabila mengalami kesukaran bernafas. Foto Reuters

PENJAGA gol Aston Villa, Pepe Reina mendedahkan melalui detik cemas apabila mengalami kesukaran bernafas.

Pemain yang dipinjamkan itu dilaporkan awal bulan ini, bahawa beliau percaya dijangkiti virus Covid-19 selepas menunjukkan beberap simptom.

Bercakap kepada Corriere dello Sport, pemain berusia 37 tahun lantang berkongsi pengalaman menakutkan itu ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19.

Malahan, beliau menyifatkan pengalaman tersebut sebagai satu ketakutan yang tidak berkesudahan.

"Saya berjaya melawan virus itu sekarang," katanya kepada media Itali itu.

"Masa yang paling sukar adalah apabila saya tidak dapat bernafas, saya kehabisan oksigen dalam tempoh 25 minit. Ia merupakan saat yang tragik dalam hidup saya.

"Saya tak lupakan mereka yang menemani saya, termasuk isteri dan lima anak. 

"Saya sangat letih apabila mengalami beberapa simptom. Demam, batuk kering dan pening dirasai... ia hanyalah rasa kepenatan yang berterusan," katanya.

Pemain kelahiran Sepanyol itu mengambil langkah-langkah pencegahan selepas mula berasa sakit seminggu sebelumnya, meskipun tidak menjalani ujian. - Daily Mail

Pepe Reina, Aston Villa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain