suria

Ozil sambut kelahiran cahaya mata pertama

Ozil bersama isteri menyambut kelahiran bayi sulung mereka, Eda.

BINTANG Arsenal, Mesut Ozil telah berkongsi sebuah foto di laman Twitter peribadinya bersama-sama isteri, Amine Gulse dan juga bayi perempuannya yang diberi nama Eda.

Ozil menimang cahaya pertamanya beberapa minggu lalu ketika dia tidak diturunkan dalam perlawanan Olympiacos dalam saingan Piala Europa yang menyaksikan kelab London itu tewas sekaligus tersingkir.

Juara Piala Dunia 2014 itu mengahwini Ratu Turki pada Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang turut dihadiri Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan isteri.

"Terima kasih Tuhan kerana anak kami, Eda dilahirkan dalam keadaan yang sihat. Semoga anak kami menjadi insan yang baik," tulis Ozil di laman Twitter peribadinya.

Perancang Arsenal itu kini berada dalam tempoh perintah berkurung berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin merbahaya di Eropah.

Namun, kehadiran cahaya mata semestinya menjadi penawar buat kedua-dua mereka dalam waktu yang sukar sebegini.

Kali terakhir Arsenal beraksi adalah ketika menentang West Ham yang menyaksikan Ozil diturunkan sebagai kesebelasan utama.Perlawanan yang berlangsung pada 7 Mac tersebut memihak kepada Arsenal dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Alexandre Lacazette. -mirror.co.uk

Mesut Ozil, Arsenal, Baby

Artikel Lain