Sukan Olimpik berlangsung pada 23 Julai 2021

Sukan Olimpik Tokyo ditunda ke tarikh baru iaitu pada 23 Julai 2021.

SUKAN Olimpik Tokyo telah dijadualkan semula untuk diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, iaitu tepat setahun daripada tarikh asal yang dirancang sebelum ini (24 Julai 2020), kata penganjur ketika mengesahkan perkara itu.

Ia diikuti Sukan Paralimpik dari 24 Ogos hingga 5 September 2021.

Tarikh baharu itu telah dipersetujui Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 dan kerajaan Jepun selepas satu persidangan telefon pada Isnin.

Menurut kenyataan IOC, keputusan itu dibuat berdasarkan tiga pertimbangan utama iaitu bagi melindungi kesihatan atlet dan semua orang yang terlibat; membantu pembendungan virus COVID-19; menjaga kepentingan atlet dan Sukan Olimpik serta kalendar sukan antarabangsa.

“Dengan pengumuman ini, saya yakin bahawa menerusi jalinan kerjasama dengan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Kerajaan Metropolitan Tokyo dan Kerajaan Jepun serta semua pihak berkepentingan, kita boleh menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku ini,” kata Presiden IOC Thomas Bach dalam kenyataan itu.

Thomas dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Selasa lepas bersetuju untuk menunda temasya sukan dunia itu susulan penularan wabak COVID-19, namun namanya kekal Tokyo 2020.

Presiden Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 Mori Yoshir o berkata masa secukupnya diperlukan bagi sesi pemilihan dan kelayakan atlet selain latihan dan persediaan mereka, yang menyaksikan sukan itu dijadualkan semula pada musim cuti musim panas akan datang di Jepun.

“Meskipun penangguhan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik ini adalah yang pertama dalam sejarah dan pelbagai isu lain telah diketengahkan, jadual acara ini merupakan asas bagi persiapan pada masa depan.

“Saya yakin bahawa langkah membuat keputusan ini dengan segera akan membantu mempercepatkan persediaan masa depan. Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 akan terus bekerja keras bagi memastikan kejayaan Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.

IOC sebelum ini mengesahkan bahawa semua atlet yang sudah layak dan kuota tempat yang telah disediakan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah kekal tidak berubah. - BERNAMA

Sukan Olimpik, Tokyo, OIC, Jepun

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain