Dikecam tak amalkan ‘social distancing’, Neymar jawab isu foto main bola tampar beramai-ramai

Foto yang dimuat naik Neymar mengundang kritikan ramai ketika dunia dilanda wabak Covid-19 dan menggesa semua melakukan penjarakan sosial. Foto instagram Neymar / Daily Star

BINTANG kelab Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dikecam kerana tidak mengambil isu Covid-19 secara serius dan mengikari garis panduan penjarakan sosial (social distancing).

Pemain kelahiran Brazil dikritik berhubung foto yang dimuat naiknya di laman Instagram, menunjukkan dirinya sedang berehat di gelanggang bola tampar.

Foto berkenaan dirakamkan selepas Neymar bermain bersama anak lelakinya, Davi Lucca yang berusia lapan tahun, dan empat rakannya.

Neymar dikatakan tidak mematuhi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai penjarakan sosial.

Beliau turut melanggar perintah pihak berkuasa untuk menjalani kuarantin.

Seorang jurucakap menjawab kritikan tersebut dengan menjelaskan bahawa individu lain merupakan kumpulan yang menjalani kuarantin bersamanya.

Ini termasuk mereka yang tinggal bersama dan mengembara dari Paris ke Brazil.

"Neymar menawarkan kediamannya kepada kesemua mereka, maka mereka dapat menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum bertemu dengan keluarga masing-masing. - Daily Star


Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain