suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spurs beri pelepasan Son, Bergwijn pulang ke negara masing-masing

Son dan Bergwijn (kanan) diberi kebenaran oleh kelab untuk kembali ke negara masing-masing.

PEMAIN duo Spurs, Son Heung-min dan Steven Bergwijn dibenarkan pulang ke negara masing-masing atas sebab peribadi ketika penangguhan Liga Perdana berikutan pandemik Covid-19.

Kelab membuat kenyataan mengesahkan Son telah pulang ke Korea Selatan manakala Bergwijn kembali ke Belanda dan bakal menyambut kelahiran anaknya.

Bergwijn telah pulih daripada kecederaan buku lali ketika aksi seri 1-1 Tottenham bertemu Burnley pada 7 Mac lalu, dan akan teruskan pemulihan di rumah keluarganya.

Manakala Son pula merakam sembilan gol dalam 21 aksi liga musim ini namun tidak beraksi sejak membantu kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa Februari lalu.

Dia mengalami keretakan di bahagian tangan kanan ketika bermain di Villa Park dan akan teruskan pemulihan di Korea Selatan. - Onefootball

Artikel Lain