suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi gagal saingi kualiti teknikal Neymar - Cafu

Cafu membuat perbandingan antara Neymar (kiri) dan Messi (kanan). fotoGetty.

PEMAIN bola sepak Brazil, Cafu nampaknya ada pendapat tersendiri mengenai perbandingan antara Lionel Messi dengan Neymar.

Ujar pemain pertahanan terkenal itu, dia membuat perbandingan antara Neymar dengan Messi berdasarkan kebolehan teknikal mereka.

"Secara teknikalnya, Neymar adalah pemain terbaik di dunia.

"Pada hari ini, kalau lihat dari segi teknik, tiada siapa boleh lawan Neymar.

"Messi pun tak boleh, tapi saya minat dia. Cuma dia tak boleh saingi kualiti teknik Neymar," kata Cafu.

Disifatkan sebagai pendapat tidak adil memandangkan dia sama-sama berasal dari Brazil seperti Neymar, kata-kata Cafu bagaimanapun ada asasnya.

Bukan dia seorang malah Pele sebelum ini turut menyuarakan pendapat hampir sama.

Kata Pele, dia tidak melihat Messi sebagai pemain terbaik lagi pada masa kini. - barcablaugranes.

Messi, Neymar, Cafu

Artikel Lain