Gaji: Windsor nasihatkan pemain supaya ambil pendekatan realitistik dan pragmatik

Semua aksi liga ditangguh berikutan penularan wabak Covid-19.

SETIAUSAHA Agung AFC Datuk Windsor John mengajak semua pihak berkepentingan untuk membuka pintu perbincangan bagi menghadapi kemungkinan impak kewangan yang meruncing akibat pandemik itu.

“Tanpa kemampuan menjana pendapatan sama ada dari segi jualan tiket, penajaan mahupun sokongan kerajaan, kantung sesetengah pasukan mungkin terjejas untuk satu tempoh yang agak panjang.

“Kelab-kelab mungkin tidak dapat memenuhi tanggungjawab yang termaktub dalam kontrak dengan pemain. Laporan dari Eropah menunjukkan gaji pemain sama ada dipotong atau ditunda.

“Dalam keadaan kita berdepan satu krisis besar, semua pihak harus berjiwa besar. Dengan senario yang sedia ada, inilah masanya untuk kita melihat dari sudut gambaran yang lebih besar.

“AFC menggalakkan negara anggota dan pemain untuk sama-sama memahami situasi sedia ada.

“Ini bukanlah masa untuk menuding jari sebaliknya kita harus belajar memahami keperluan masing-masing.

“Ringkasnya, perlu semua pihak untuk duduk semeja berunding dan mencari penyelesaian secara bersama. Keputusan yang diambil harus mementingkan impak yang meluas, bukan bermotifkan kepentingan individu,” kata Windsor.

Wabak yang melanda dunia menjejaskan industri bola sepak dunia dan Windsor membayangkan bahawa perubahan besar bakal berlaku, sambil mendedahkan AFC akan mengadakan perbincangan dengan wakil pemain profesional, FIFPro, tidak lama lagi selain keputusan FIFA untuk membentuk Jawatankuasa Petugas bagi merangka strategi baharu dalam menangani cabaran Covid-19.

“Dalam konteks Malaysia, AFC menggesa pasukan dan wakil pemain untuk mencari model yang sesuai dalam mendepani kemungkinan ketidakstabilan kewangan, sepertimana yang dilaksanakan oleh badan induk Indonesia, PSSI.

“PSSI duduk berbincang dengan semua pemegang taruh dan bersetuju dengan satu solusi. Kesudahannya, kita tidak mahu kelab atau pasukan menamatkan sebarang kontrak pemain jika kedudukan kewangan mereka tidak lagi mampu menampung perbelanjaan secara berterusan.

”PSSI mengisytiharkan Mac hingga Jun 2020 sebagai keadaan kahar atau force majeure (darurat atau keadaan luar jangka) serta mengizinkan kelab untuk menggaji pemain mereka pada kadar maksimum 25 peratus daripada jumlah yang dipersetujui dalam kontrak sepanjang tempoh itu." 

Sambil mengambil maklum bahawa kelab terikat dengan kontrak pemain yang bersifat peribadi, Windsor tetap menasihatkan pemain untuk mengambil pendekatan realitistik dan pragmatik.

“Walaupun kita maklum kelab diwajibkan membayar gaji penuh kepada pemain, kita tidak boleh mengharapkan sedemikian seandainya mereka tidak ada pendapatan. Bincanglah dengan pasukan dan kaji tawaran yang mereka kemukakan,” kata Windsor.

AFC, Windsor, Gaji, Covid-19

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain